Jimmy Shanley Akui Tampar Isteri Akibat Keengganan Suhaila Tidur Bersama Ketika Berbulan Madu

Hiburan

Jimmy Shanley Akui Tampar Isteri Akibat Keengganan Suhaila Tidur Bersama Ketika Berbulan Madu

Hari ini telah pun berlangsung prosiding prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat Jimmy Shanley kepada isterinya, Nursuhaila di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Menurut portal Mstar, Jimmy Shanley mengakui telah menampar isterinya ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Ini kerana Suhaila enggan tidur bersama selepas tiba di destinasi.

jimmy tampar suhaila

Advertisement

Kata Jimmy Shanley:-

Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu. Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham.

Akibat daripada perselisihan faham tersebut, Suhaila telah keluar daripada bilik hotel untuk ke Bangkok seorang diri. Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video.

Jimmy Shanley hanya mengetahui mengenai aktiviti isterinya apabila Suhaila meng”update” status di Facebook yang berbunyi:-

Aku mai la… “sape” pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah… aku nak keluar enjoy hilangkan stress.

suhaila jimmy

Menurut Jimmy, Diana Mariana adalah kawan isterinya. Mereka berdua kemudiannya hanya bertemu kembali di rumah di Sungai Buloh selepas 5 hari pulang berbulan madu. Selepas itu, kebanyakan komunikasi dilakukan menerusi SMS kerana Suhaila enggan bercakap dengan Jimmy.

Advertisement

jimmy

Suhaila yang turut hadir di prosiding tersebut bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Jimmy dan memberitahu yang dia sudah tawar hati dengan suaminya. Prosiding akan bersambung pada 7 dan 14 Mei depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

243 Comments

  1. Lelaki

    March 21, 2012 at 9:19 am

    Mula2 mmg aku sokong JS sebab tgk perangai bini mcmtu, mmg patut xbg bini keluar malam2, JS pun selama ni baik xda gosip liar dan bkn jenis org bersosial. Tapi bile tau die lempang bini die, aku salahkn JS, dalam islam kn dah cakap nk pukul isteri boleh kalau xmakan nasihat tapi di anggota selain muka, sebab muka tu terletaknya maruah wanita. Cuba bayangkan kalau di publik kita nampak 1)lelaki lempang di muka anak die : anak die mmg kurang ajar smpai bapak die lempang
    2)bapak rotan anak kt badan : anak nakal, bapak nk ngajor.
    See now u yg salah JS!

  2. nur

    March 12, 2012 at 8:50 pm

    Mmg mulanya terkejut bila JS tampar isteri tapi bila tau semua cerita, baru paham. Isteri kalau les, kaki internet, clubbing sampai pd hari perkahwinan buat perangai, mmg mencabarlah. Mak ayah sendiri pun dah tak bole control. Mak mertua dia sampai merayu dgn JS minta tolg ubah anak. Kesian mak si suhaila ni, niat nak betulkan anak, tp dpt malu lagi.Harap harap JS dpt custody anak dia. Susah kalau anak duduk dgn isteri, takde pegangan agama, duit terlalu mewah, nanti mengikut sikap mak dia yg takde org bole control. Tunggula akhir April ni, kebenaran akan terserlah. Aq tetap respect mak mertua JS yg dah cuba sehabis bole utk seamatkan anaknya.Pada cucuchedet, JS sudah jauh berubah dari zaman belajar. People change, JS has changed for the better. Alhamdulillah.

  3. massey

    March 11, 2012 at 7:14 pm

    testing2..

  4. Anonymous

    March 10, 2012 at 11:00 am

    kenapa harus memukul?menampar?usia perkahwinan x sampai 1 mgu.ape pn masalahnya,SABAR adalah kunci segalanya.SABA SEPARUH DRPD IMAN.tpklu dah naik kaki tgn kt bdn bini,tahap iman ko mmg tahap cipan la!!

  5. whatever

    March 9, 2012 at 3:39 pm

    pergh awal2 dah makan penampor…kalau aku pun tawar hati beb..

Loading...