Hari ini telah pun berlangsung prosiding prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat Jimmy Shanley kepada isterinya, Nursuhaila di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Menurut portal Mstar, Jimmy Shanley mengakui telah menampar isterinya ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Ini kerana Suhaila enggan tidur bersama selepas tiba di destinasi.
Kata Jimmy Shanley:-
Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu. Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham.
Akibat daripada perselisihan faham tersebut, Suhaila telah keluar daripada bilik hotel untuk ke Bangkok seorang diri. Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video.
Jimmy Shanley hanya mengetahui mengenai aktiviti isterinya apabila Suhaila meng”update” status di Facebook yang berbunyi:-
Aku mai la… “sape†pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah… aku nak keluar enjoy hilangkan stress.
Menurut Jimmy, Diana Mariana adalah kawan isterinya. Mereka berdua kemudiannya hanya bertemu kembali di rumah di Sungai Buloh selepas 5 hari pulang berbulan madu. Selepas itu, kebanyakan komunikasi dilakukan menerusi SMS kerana Suhaila enggan bercakap dengan Jimmy.
Suhaila yang turut hadir di prosiding tersebut bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Jimmy dan memberitahu yang dia sudah tawar hati dengan suaminya. Prosiding akan bersambung pada 7 dan 14 Mei depan.
wanitategar
March 8, 2012 at 7:48 pm
mane bleh main tampar-tampar, bang. tu bukan anak kuceng. u nak ajak tido, ajak la bebaik. nak main tampar-tampar, sape nak tido? kalau i pon i lari jauh-jauh, lepas i terajang u pulak. dalam Islam pon tak bagi pukul muka. nak ajar isteri ade step2 dia. ni terus main tampar muke, ewah-ewah. nak cakap pasal tanggungjawab isteri pada suami, tapi suami sendiri tatau tanggungjawab. belum apa2 dah main tampar-tampar. jadahnye!
Saja nak comment
March 8, 2012 at 7:30 pm
Seronok la mentang2 da jadi bini..rasa tension jer lempang la bini tu..nak pukul dgn lelaki takut…pukul perempuan ok sikit tak melawan tu yg best…jadikan macam punch bag…nanti akhirat ko tau la nasib ko Jimmy…jantan dayus ni..konon nak tunjuk baik..
emi
March 8, 2012 at 4:24 pm
pada suhaila..hang kena byk2 bersabaq noo……
PASAR SENDUK
March 8, 2012 at 12:30 pm
LA..ADA GAK KOMEN..AKU IGT AKU YG TERAKHIR…MINTAK2 YG NI AKU PENGOMEN YG LAST… :-P SILA THUMP DOWN..
Agh
March 8, 2012 at 5:43 am
Hahahaha…tampar kat muka.. sori beb, mak bapak aku pun tak pernah lempang aku. Kalau sekali suami lempang, aku pun angkat kaki… Tak kira baru kawin tak baru kawin.. bukan dalam Islam ada cara2 memukul isteri ke.. rasanya takdek la dlm Islam ajar lempang isteri..