Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jimmy Shanley Akui Tampar Isteri Akibat Keengganan Suhaila Tidur Bersama Ketika Berbulan Madu

Hari ini telah pun berlangsung prosiding prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat Jimmy Shanley kepada isterinya, Nursuhaila di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Menurut portal Mstar, Jimmy Shanley mengakui telah menampar isterinya ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Ini kerana Suhaila enggan tidur bersama selepas tiba di destinasi.

jimmy tampar suhaila

Advertisement

Kata Jimmy Shanley:-

Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu. Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham.

Akibat daripada perselisihan faham tersebut, Suhaila telah keluar daripada bilik hotel untuk ke Bangkok seorang diri. Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video.

Jimmy Shanley hanya mengetahui mengenai aktiviti isterinya apabila Suhaila meng”update” status di Facebook yang berbunyi:-

Aku mai la… “sape” pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah… aku nak keluar enjoy hilangkan stress.

suhaila jimmy

Menurut Jimmy, Diana Mariana adalah kawan isterinya. Mereka berdua kemudiannya hanya bertemu kembali di rumah di Sungai Buloh selepas 5 hari pulang berbulan madu. Selepas itu, kebanyakan komunikasi dilakukan menerusi SMS kerana Suhaila enggan bercakap dengan Jimmy.

Advertisement

jimmy

Suhaila yang turut hadir di prosiding tersebut bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Jimmy dan memberitahu yang dia sudah tawar hati dengan suaminya. Prosiding akan bersambung pada 7 dan 14 Mei depan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

243 Comments

  1. gigi tinggal dua

    June 6, 2012 at 4:00 pm

    baru kawen 2, 3 hari dah kene penampor…kalo aku pun lari..
    x ke gila namanya..tetiba dpt penampor..hanya kerana xnak tido bersama..
    takat nak buat adegan masa tido tu kat umah KL pun buleh..
    dah g jauh2 kat thailand tu..mesti la nak jalan2..makan angin..

    • Anonymous

      August 29, 2012 at 11:11 am

      lalalala……….

  2. Luna maya

    May 29, 2012 at 7:48 am

    Jgn nk sibuk rumahtngga org pulak..hal dorang pn tk selesai2 g kuar masuk mahkamah..tk ke kuar duit..buang masa n buang duit.

  3. ajee

    May 8, 2012 at 3:10 pm

    kalau dah degil sangat, memang patut ditampar. isteri boleh dipukul dengan bertujuan untuk memberi ajaran jangan sampai dia cedera. sokong jimmy!

  4. dewi

    March 31, 2012 at 3:35 am

    kalau diberi peluang, teringin nakjumpa suhaila ni.. aku nak tanya dia satu jer soalan. ‘kenapa kau kahwin jugak dengan jimmy ye?’

Loading...
To Top