Jimat RM2.1k Buat Kabinet Dapur Sendiri, Hasilnya Nampak Macam Beli Baru!

Trending

Jimat RM2.1k Buat Kabinet Dapur Sendiri, Hasilnya Nampak Macam Beli Baru!

Sebab kitchen cabinet mahal area kedah ni so kami beli kitchen cabinet ikea dan pasang sendiri je la…. Total hangus untuk full set kitchen cabinet+sinki+paip tak sampai RM1.4K.

Advertisement

Sebab ramai tanya tak dan nak reply so update sini dulu;

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kitchen cabinet kat kedai dah survey haritu 3.5k untuk design mcm ni.

Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki)…

Jimatkan…. waranti kabinet 25 tahun IKEA bagi. Brand kabinet METOD kalau fyndig tak ada waranti.

Proses nak buat:

1. Design dan susun dulu kedudukan kitchen cabinet. Lukis pakai tangan je tapi make sure guna scale yang betul baru ngam

2. Pi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc

3. Bawa balik barang yang dah beli ke rumah & pasang ikut manual yang IKEA dah bagi.

Sebab rumah yang nak pasang KC ni kat KEDAH so redah muatkan dalam kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.

4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur

Sebab bab ni tak terror lagi so terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe…

Kos :

Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + paip + top (EKBACKEN) + kaki + handle pintu = RM1.4K

Hood + hob+ serombong = RM1.4k

Upang pasang hood = RM200 (Hob tebuk sendiri)

Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

Cantik juga kan bila dah tengok hasil akhirnya, macam kabinet dapur tu dah memang ada dekat situ dari awal, kemas je. Mana-mana yang ada perancangan nak pasang kabinet dapur tapi ada bajet yang terhad, bolehlah cuba cara ini.

Kredit : Wan Isnzr

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...