Tahun 2019 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, tentunya bila hendak masuk tahun baru, setiap orang mempunyai target masing-masing yang harus dicapai. Mengubah sedikit kehidupan seharian mereka.
Bersempena menyambut kedatangan tahun 2020 yang bakal tiba lebih kurang seminggu lagi, pelakon Nazim Othman mendedahkan bajet atau belanjawan buat dirinya.
Pada tahun depan, Nazim berkata dia mengecilkan sedikit bajetnya. Hanya membelanjakan wang untuk keperluan asas yang wajib dan penting sahaja.
https://www.instagram.com/p/B6cpUd9AOlN/
Nazim turut menyenaraikan lima perkara yang perlu dikira serta dikecilkan bajet wang yang diperlukan mulai tahun depan. Lima perkara itu adalah, pakaian, minuman kopi, makan, elektrik serta percutian. Paling seronok, apabila dikira semula, dia mampu untuk jimat berpuluh ribu dalam masa setahun.
Rata-rata netizen terinspirasi dengan bajet yang dilakukan oleh Nazim. Mereka juga lebih bersemangat untuk berjimat cermat selepas ini.
Perkongsian Nazim ini memang bagus sekali, buat orang ramai rasa lebih bermotivasi untuk menyimpan pada tahun depan. Apa pula target anda untuk tahun baru nanti?

Anonymous
December 27, 2019 at 12:57 pm
asal ko compare lifestyle dia ngan ko ? dia buat budget utk diri dia kot. lain org lain lifestyle. dia nak cut tu pon da elok dah tu.dah mule beringat.
Cikgu
December 27, 2019 at 12:49 pm
Kos mkn ko je yg mhal. Ktorg rakyat biase ni xla semahal mcm tu. Sehari 10 hengget pn ade. 10×30=300 300×12= kire la sndri.. murah kn. Compare dgn ko
Anonymous
December 27, 2019 at 11:23 am
Dan seluar..aku pelikkk gak…
Anonymous
December 27, 2019 at 11:22 am
tapi aku pelik..tgok “big foot”.. tu
Anonymous
December 27, 2019 at 10:50 am
FIRST