Tahun 2019 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, tentunya bila hendak masuk tahun baru, setiap orang mempunyai target masing-masing yang harus dicapai. Mengubah sedikit kehidupan seharian mereka.
Bersempena menyambut kedatangan tahun 2020 yang bakal tiba lebih kurang seminggu lagi, pelakon Nazim Othman mendedahkan bajet atau belanjawan buat dirinya.
Pada tahun depan, Nazim berkata dia mengecilkan sedikit bajetnya. Hanya membelanjakan wang untuk keperluan asas yang wajib dan penting sahaja.
https://www.instagram.com/p/B6cpUd9AOlN/
Nazim turut menyenaraikan lima perkara yang perlu dikira serta dikecilkan bajet wang yang diperlukan mulai tahun depan. Lima perkara itu adalah, pakaian, minuman kopi, makan, elektrik serta percutian. Paling seronok, apabila dikira semula, dia mampu untuk jimat berpuluh ribu dalam masa setahun.
Rata-rata netizen terinspirasi dengan bajet yang dilakukan oleh Nazim. Mereka juga lebih bersemangat untuk berjimat cermat selepas ini.
Perkongsian Nazim ini memang bagus sekali, buat orang ramai rasa lebih bermotivasi untuk menyimpan pada tahun depan. Apa pula target anda untuk tahun baru nanti?

minah jambu say NO to drugs
December 28, 2019 at 6:28 pm
makan ape tu 100 sehari ? ape tak boleh makan masakan emak ke ? 100 tu kasi emak lagi bagus..
Anonymous
December 28, 2019 at 2:08 am
Mak oiiii makan je RM100 sehari. Patutla baru sedar nak berjimat
Intan
December 27, 2019 at 10:58 pm
Sama