Tidak sampai 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun pada tahun ini akan disambut serba sederhana kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pastinya sedikit sebanyak masih ingin membeli keperluan serta menghias rumah. Sekurang-kurangnya ada juga ‘feel’ raya dengan keluarga nanti.
Kali ini, satu perkongsian Izzul Islam di Facebooknya berkongsi tips untuk menukar sendiri lantai vinyl dan boleh berjimat sehingga RM 2500.00.
“Baru-baru ni nampak makin ramai orang post pasal vinyl. Harga pun agak murah berbanding laminate flooring.”
Vinyl mempunyai dua saiz ketebalan iaitu 3mm dan 2mm. Untuk ketebalan 3mm perlu menggunakan vinyl adhesive untuk melekatkannya. Untuk 2mm pula ianya seperti pelekat biasa, boleh buka dan terus tampal pada lantai.
Vinyl menarik kerana mempunyai texture pada permukaannya. Jadi ianya lebih selesa dan tidak licin bila dipijak.
Izzul memilih saize ktetebaan 2mm. Menurutnya, dia membeli 17 kotak yang mempunyai 16 keping vinyl sekotak dengan ukuran 36 inci x 16 inci setiap kepingan.
“Walaupun vinyl ni dah ada pelekat, saya beli lagi gam tambahan untuk kasi lebih kuat melekat.”
Kemudian dia memasang skirting untuk kemasan yang dibeli dari Shopee. Untuk ukuran 27 meter skirting ini berharga RM 130.25.
Jumlah kos keseluruhan untuk pemasangan ini hanyalah RM 682.25 termasuk kos alatan.
Izzul sempat berseloroh mengatakan pemasangan vinyl mudah tetapi perlu dilakukan lebih daripada seorang. Dia sendiri demam selama dua hari selepas siap memasangnya.
Apa lagi? Kongsilah tips ini dengan pasangan anda dan bolehlah bergaya dengan lantai baru pada hari raya nanti.