Jimat Dan Berkesan! Ini Bahan Semulajadi Bantu Hilangkan Bau Kepam Dalam Kereta

Kehidupan

Jimat Dan Berkesan! Ini Bahan Semulajadi Bantu Hilangkan Bau Kepam Dalam Kereta

Kereta digunakan untuk memudahkan pergerakan harian seseorang. Tidak dinafikan bau hapak dalam kereta kerana sisa makanan yang tumpah atau bau busuk yang terperangkap boleh menyebabkan rasa tidak selesa kepada penumpang yang lain.

Ramai juga yang menggunakan pewangi kereta yang biasa dibeli di kedai cuci kereta atau di pasar raya untuk mengekalkan keharuman dan kesegaran dalam kereta. Penggunaan pewangi kereta yang kerap akan menjadikannya cepat habis dan pemilik kereta akan mengeluarkan wang untuk membelinya.

Advertisement

Mungkin ramai yang masih mencari-cari cara mudah untuk mengurangkan sekaligus dapat menghilangkan bau-bau hapak dalam kereta. Berikut ialah antara cara untuk menghilangkan bau menggunakan bahan pewangi daripada bahan semulajadi.

1.Daun pandan

Seperti yang kita tahu, daun pandan yang sering digunakan dalam masakan mempunyai aroma semula jadi yang mampu menyegarkan ruang. Simpulkan beberapa helai daun pandai dan letak dalam beg kecil sebelum tempatkan ia di mana-mana tempat kereta. Namun, jangan lupa gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu sebab bila daun dah kering, maka baunya akan hilang.

2.Uncang kopi atau teh 

Cara ini ialah satu cara tradisional yang kerap digunakan. Kedua-dua bahan ini berkesan menyerap aroma yang busuk dalam kereta. Letakkan uncang di atas dashboard kereta ketika memandu.

3.Lemon

Hirisan lemon yang diletak dalam mangkuk merupaka satu alternatif yang bagus kerana asid dalam lemon membantu menyerap bau kurang enak dalam kereta.

4.Arang

Ambil beberapa ketul arang dan letakkan dalam beg kecil untuk menyahkan bau kurang enak. Arang juga dapat meneutralkan bau busuk, hapak atau kepam di dalam kereta.

5.Daun limau purut

Jika tiada lemon, anda boleh gantikannya dengan daun limau purut kerana fungsinya sama sahaja. Ia sekaligus dapat mewangikan kereta dengan keharuman baunya.

 Bahan-bahan ini mempunyai aroma yang menyegarkan dan boleh menyerap bau busuk dan kepam dalam kereta. Cubalah dan lihat hasilnya.

SUMBER 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...