“Jilat Sangat Tu” – Komen Pujian Zarina Zainuddin Buat Lagu Baru Aliff Syukri & Baby Shima Dikecam Netizen

Hiburan

“Jilat Sangat Tu” – Komen Pujian Zarina Zainuddin Buat Lagu Baru Aliff Syukri & Baby Shima Dikecam Netizen

Pelakon berkaliber, Zarina Zainuddin baru-baru ini telah menerima kecaman daripada warga maya gara-gara komen yang ditinggalkan aktres itu di video muzik lagu terbaru Datuk Seri Aliff Syukri dan Baby Shima yang berjudul ‘Baby Sayang’ di Instagram usahawan itu.

Zarina dilihat memuji lagu gandingan Aliff dan Baby Shima di mana dia mengatakan lagu itu akan menjadi siulan di aplikasi TikTok.

Advertisement

Suara dato tak berapa sedap pun takpe suara baby shima dah cukup merdu untuk sedapkan lagu dato. bravo…lagu tu nanti jadi siulan kat TikTok.

Namun begitu, pujian Zarina itu menerima respon yang pelbagai daripada netizen.

komen zarina zainuddinSumber : Murai.my  

 

Kata netizen, pujian tersebut seolah-olah telah ‘menghalalkan’ apa yang telah dilakukan Aliff dan Baby Shima berikutan kontroversi di sebalik penghasilan muzik video lagu tersebut.

 

komen netizenSumber : Murai.my  

 

Perkembangan lain, usahawan kosmetik itu menerusi Instagram miliknya telah menzahirkan perasaan syukur berikutan lagu ‘Baby Sayang’ nyanyiannya bersama Baby Shima itu kini menjadi trending di YouTube hanya setelah beberapa jam ia dimuat naik.

Malah, dia juga mengakui dirinya kini boleh dianggap sebagai seorang penyanyi nombor 1 di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Tengah Bodohkan Satu Malaysia" - Aliff Syukri 'Kantoi' 'Upload' Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...