Pelakon berkaliber, Zarina Zainuddin baru-baru ini telah menerima kecaman daripada warga maya gara-gara komen yang ditinggalkan aktres itu di video muzik lagu terbaru Datuk Seri Aliff Syukri dan Baby Shima yang berjudul ‘Baby Sayang’ di Instagram usahawan itu.
Zarina dilihat memuji lagu gandingan Aliff dan Baby Shima di mana dia mengatakan lagu itu akan menjadi siulan di aplikasi TikTok.
Suara dato tak berapa sedap pun takpe suara baby shima dah cukup merdu untuk sedapkan lagu dato. bravo…lagu tu nanti jadi siulan kat TikTok.
Namun begitu, pujian Zarina itu menerima respon yang pelbagai daripada netizen.
Kata netizen, pujian tersebut seolah-olah telah ‘menghalalkan’ apa yang telah dilakukan Aliff dan Baby Shima berikutan kontroversi di sebalik penghasilan muzik video lagu tersebut.
Perkembangan lain, usahawan kosmetik itu menerusi Instagram miliknya telah menzahirkan perasaan syukur berikutan lagu ‘Baby Sayang’ nyanyiannya bersama Baby Shima itu kini menjadi trending di YouTube hanya setelah beberapa jam ia dimuat naik.
Malah, dia juga mengakui dirinya kini boleh dianggap sebagai seorang penyanyi nombor 1 di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.