“Jika Warna Cantik, Tapi Tak Dapat Emas, Tak Guna…” – Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia

Kehidupan

“Jika Warna Cantik, Tapi Tak Dapat Emas, Tak Guna…” – Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia

Sejak beberapa hari yang lalu, Majlis Olimpik Malaysia menerima kritikan gara-gara pelancaran baju rasmi atlet Malaysia yang bakal beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris, tidak lama lagi.

Berikutan itu, Ketua Kotinjen dan juga Timbalan presiden MOM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa rekaan yang cantik tidak menjamin apa-apa sekiranya para atlet gagal meraih emas di Olimpik Paris nanti.

Advertisement

MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas. Itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam.

Jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga.

Hamidin juga menjelaskan kritikan warna bendera Malaysia yang dikatakan kurang tepat di sebelah kiri pakaian rasmi tersebut.

Warna jingga, emas, hitam biru semua boleh, ini logo Majlis Olimpik Malaysia bukan bendera Malaysia, jadi tiada masalah.

Maklum dengan kritikan rakyat, Hamidin berkata pihak mereka akan mempertimbangkan peraduan untuk peminat suka di luar sana mereka sendiri baju rasmi para atlet bagi edisi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Hamidin juga megakui kesilapan mereka menggunakan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi atlet sukan Olimpik yang diperkenalkan di sebuah pusat beli belah di ibu negara sempena Hari Olimpik, baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustaz Azhar Idrus
6 months ago

"Dapat Derma RM100K, Ambil Komisen RM30K, Itu Haram" - Ustaz Azhar Idrus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...