Jika Trump menang, Rakyat Malaysia Antara 10 Juta Dilarang Masuk AS

Trending

Jika Trump menang, Rakyat Malaysia Antara 10 Juta Dilarang Masuk AS

Kemenangan calon presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan Donald Trump pada pilihan raya presiden November ini mungkin menyebabkan sehingga 10.2 juta orang termasuk rakyat Malaysia dihalang memasuki negara itu, menurut perkiraan CNN.

Advertisement

Ia susulan Trump mengulangi amarannya untuk menggantung kemasukan mereka yang berasal dari bahagian dunia yang “terbukti ada sejarah keganasan menentang Amerika Syarikat, Eropah dan sekutu kita”.

Menurut CNN, sebanyak 40 negara bakal mendapat kesan sekiranya larangan itu direalisasikan dengan kemenangan Trump.

Tahun lalu, Jabatan Negara AS mengeluarkan sebanyak 2,571,762 visa imigran kepada 40 negara ini.

Kerajaan AS juga menganggarkan seramai 7.5 juta pelancong daripada kumpulan negara ini melawat AS pada 2014.

Perkiraan CNN berdasarkan laporan tahunan dikeluarkan Jabatan Negara AS, yang turut menyenaraikan Malaysia di kalangan 12 negara yang dianggap sebagai tempat perlindungan pengganas.

Selain Malaysia, turut disenaraikan ialah Somalia, Mali, Libya, Mesir, Iraq, Lubnan, Filipina, Indonesia, Afghanistan, Pakistan and Yaman.

Semua 12 negara itu diberikan sebanyak 496,436 visa pelawat dan 74,283 visa imigran ke AS pada 2015.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...