Namanya menjadi bualan hangat baru-baru ini gara-gara kemelut rumah tangganya yang menjadi sorotan di media sosial, Elcah menerusi Instagram menitipkan doa buat suami tercinta, Afi.
Maafkan suami
Menerusi Instagram dan Threads, Elcah atau namanya, Aien Hasha mendoakan agar Allah SWT meluaskan rezeki suaminya seluar-luasnya serta urusan Afi dipermudah.
Dalam penulisan itu juga, pempengaruh tersebut akui ikhlas memaafkan segala kesalahan dilakukan Afi sebelum ini sehingga membuatkan rezekinya tersekat.
Ya Allah, jika tersekatnya rezeki suamiku selama ini atas sebab salah dan silapnya terhadap diriku, aku maafkan segalanya ya Allah.
View this post on Instagram
Elcah juga turut mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesilapan Afi sekiranya ada berbuat salah kepadanya serta mendoakan suaminya diberikan kesihatan yang baik.
Aku ikhlas memaafkannya. Kau perluaskan la rezeki suamiku, permudahkan lah urusan sehariannya dan kau lindungilah perjalanannya untuk mencari rezeki dan pulang dari mencari rezeki. Berikanlah kesihatan yang baik.
Terdahulu, hantaran Elcah yang tentang rumah tangganya sedang bergolak telah menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia mendakwa Afi pernah berlaku curang.