Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jika Takdir Menentukan Jodoh Dengan Zizi, Saya Terima Dengan Hati Terbuka” – Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin

Baru-baru ini, pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana telah menarik perhatian netizen apabila  pasangan ini tampil membuat siaran langsung di Instagram bersama, pelakon tersebut secara berseloroh memanggil Zizi dengan gelaran sayang.

Advertisement

Begitu juga penyanyi tersebut meninggalkan komen bertulis Habibi bermaksud kesayanganku di dalam bahasa Arab selain menulis CHK yang dipercayai bermaksud cinta hatiku.

Mengulas tentang perkara tersebut, Yusuf ketika ditemu bual oleh pihak Berita Harian berkata hubungannya bersama Zizi kian rapat setelah terbabit dalam satu rakaman program terbitan Astro iaitu All Together Now Malaysia pada Mac lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

Advertisement

Apa yang boleh dikatakan, hubungan kami cukup rapat. Tetapi, saya hanya berserah kepada takdir untuk perjalanan perhubungan ini. Soal jodoh, rahsia Allah

Dalam pada itu, apabila ditanyakan soal keperibadian penyanyi lagu Eh itu, beliau berkata dirinya sangat menyenangi sikap dan perwatakan Zizi.

Sebelum ini, tular sebuah klip video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dimana klip tersebut merakam Yusuf dengan secara tidak sengaja memanggil Zizi dengan gelaran sayang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top