“Jika Tak Bersedia Jadi Pelakon, Cari Kerjaya Lain” – Nabila Huda Sifatkan Pengadu Isu Buli Tidak Bersedia Hadapi Cabaran Dunia Orang Seni

Hiburan

“Jika Tak Bersedia Jadi Pelakon, Cari Kerjaya Lain” – Nabila Huda Sifatkan Pengadu Isu Buli Tidak Bersedia Hadapi Cabaran Dunia Orang Seni

Pelakon popular, Nabila Huda menyifatkan pelakon baharu yang mengadu dibuli di set penggambaran sebagai manja dan tidak bersedia untuk mengharungi cabaran dunia lakonan.

Nabila Huda Suhaimi berkata pelakon baharu itu bukan sahaja memberi impak yang negatif kepada industri seni tanah air tetapi ia juga menandakan bahawa dia masih belum bersedia untuk menjadi seorang pelakon.

Advertisement

Pelakon itu turut berkata kenyataan yang dikeluarkan itu sebagai ‘sampah’ dan sepatutnya tidak dikeluarkan.

Saya tidak terkilan kerana saya tidak baca berkenaan hal tersebut dan kenyataan yang dibuat itu sampah. Perkara peribadi tidak patut dikeluarkan. Isu buli tidak berlaku pun di set penggambaran. Selalunya kami semua gembira sahaja. Mungkin orang itu yang saya rasa tidak bersedia untuk jadi pelakon. Lebih baik anda cari kerjaya lain, pergi jadi influencer.

nabila huda tegur pelakon baru

Mungkin anda tidak sesuai bekerja dengan abang dan kakak di set penggambaran kerana pemikiran anda berbeza dengan kami. Mentaliti anda bukan mentaliti orang seni, katanya kepada HibGlam.

Pelakon itu menjelaskan bahawa setiap anak seni terutamanya mereka yang bergelar seorang pelakon perlu berusaha keras untuk menempah nama di dalam industri.

Nabila nasihat pelakon baharu

Justeri itu, dia menasihati pendatang baharu untuk tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh memberi impak kepada industri tanah air.

nabila tegur pelakon baru

Jangan bawa perkara negatif yang berlaku di set keluar, selalunya di set okey sahaja. Jangan keluarkan kenyataan yang boleh orang luar pandang tidak baik tentang industri kita. Setiap pelakon bersungguh-sungguh untuk bina nama, semua sayang dengan kerjaya mereka.

Pelakon itu mengakui bahawa dia juga pernah dimarahi oleh pengarah suatu ketika dahulu namun dia menganggap itu sebagai sebahagian daripada proses pembelajarannya.

Terdahulu, pelakon baharu, Alif Muhaimin telah mendedahkan terdapat pelakon senior yang memberi layanan buruk terhadap pendatang baharu di set penggambaran dan mendakwa dia melihat pelakon senior buli junior dan ia menjadi politik senior dan junior di set penggambaran.

Nadhir nasar tak puas hati
1 month ago

"Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotype Terhadap Pelakon Baru, Bagus!" - Nadhir Nasar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...