Jika Suami Meninggal Dunia, Bolehkah Isteri Keluarkan Wang Dari Akaun Suami? Jawapannya..

Hiburan

Jika Suami Meninggal Dunia, Bolehkah Isteri Keluarkan Wang Dari Akaun Suami? Jawapannya..

Kehilangan suami tercinta sememangnya menjadi ujian yang amat berat buat seorang isteri, lebih-lebih lagi jika selama ini kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada nafkah yang diberikan oleh arwah.

Dalam situasi tertentu, ada suami yang berkongsi nombor PIN kad bank atau kata laluan perbankan dalam talian dengan isteri sebagai langkah kecemasan. Namun apabila berlaku kematian, timbul salah faham apabila ada isteri menyangka wang simpanan di dalam akaun bank milik suami boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan.

Advertisement

Isteri Tidak Dibenarkan Keluarkan Wang Bank Arwah Sesuka Hati

Menurut Perunding Pewarisan Harta Islam, Fazli Mazlan, perkara tersebut sebenarnya tidak dibenarkan menurut syariat Islam. Penjelasan itu dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Threads.

Hukum

hukum

Jelasnya, sebaik sahaja suami meninggal dunia, semua harta yang dimilikinya akan bertukar status sebagai harta pusaka dan bukan lagi harta peribadi isteri, termasuk wang simpanan di dalam akaun bank.

Keadaan ini terpakai walaupun suami pernah menyatakan secara lisan bahawa simpanan tersebut akan menjadi milik isteri selepas kematiannya.

“Izin lisan suami semasa hidup tidak mengubah hukum ini. PIN, kad ATM atau kepercayaan yang diberi tidak menghalalkan pengambilan harta pusaka tanpa proses,” katanya.

Ambil Wang Tanpa Persetujuan Waris Faraid Dianggap Batil

Fazli menjelaskan bahawa pengurusan harta pusaka si mati perlu dilakukan mengikut turutan yang ditetapkan oleh syarak, iaitu menyelesaikan hutang, menunaikan wasiat kepada bukan waris dan seterusnya mengagihkan harta kepada waris mengikut kaedah faraid.

Beliau turut mengingatkan bahawa mengambil wang pusaka tanpa persetujuan semua waris, walaupun atas alasan keperluan keluarga, boleh dikategorikan sebagai mengambil harta orang lain secara batil.

fsfs

Tambahnya, suami seharusnya membuat perancangan harta lebih awal ketika masih hidup, seperti hibah, bagi memastikan isteri dan anak-anak tidak terkesan sekiranya dia meninggal dunia terlebih dahulu.

Selain itu, Fazli menjelaskan bahawa tindakan mengeluarkan wang lebih awal dan menyerahkannya kepada isteri dengan pesanan supaya digunakan selepas kematian juga dikira sebagai wasiat, yang memerlukan persetujuan waris faraid.

“Wasiat beri pada bukan waris. Kalau bagi pada waris, perlu dapatkan persetujuan waris faraid selepas pemilik meninggal,” katanya.

Situasi Wang Isteri Yang Dibenarkan Diambil

Dalam pada itu, Fazli turut menjawab persoalan orang ramai berkaitan keadaan tertentu yang membenarkan isteri mengambil wang selepas kematian suami.

Menurutnya, jika suami menyimpan wang di dalam akaun bank atas nama isteri, maka wang tersebut menjadi milik isteri sepenuhnya selepas kematian suami.

Begitu juga sekiranya suami berhutang dengan isteri semasa hayatnya, maka isteri dibenarkan mengeluarkan jumlah wang yang dipinjamkan daripada akaun bank arwah mengikut hukum syarak.

Namun begitu, Fazli menasihatkan agar perkara tersebut dimaklumkan terlebih dahulu kepada waris faraid lain bagi mengelakkan salah faham dan fitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penyondol
2025-12-30 09:35:05

"Woi Puk*mak, Kau Kenapa?" - Tular Video Suami Serang Isteri Depan Anak Ketika Didakwa Bersama 'Penyondol'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...