“Jika Seseorang Merompak Kita, Itu Tidak Bermakna Kita Boleh Membunuhnya” – Ulasan Ketua Polis Negara Terhadap Kes Zulkifli

Trending

“Jika Seseorang Merompak Kita, Itu Tidak Bermakna Kita Boleh Membunuhnya” – Ulasan Ketua Polis Negara Terhadap Kes Zulkifli

NAT_0824

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai agar meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak sebenar untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian dan spekulasi.

Khalid berkata sedemikian ketika mengulas mengenai siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika mempertahankan dirinya di Terengganu.

Advertisement

Pertuduhan tersebut telah mendatangkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Selain itu, Khalid juga mempertikaikan peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya terlebih dahulu.

Jika seseorang merompak kita, itu tidak bermakna kita boleh membunuhnya.

Seksyen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had untuk mempertahankan diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).

Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?

Disinilah Majlis Peguam memainkan peranan dalam mendidik orang ramai,” katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Hak bagi mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya, tegas beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...