Jika Riza Telah Jual Rohnya Pada Syaitan, Anggap Hutangnya Pada Syaitan Telah Dituntut-Azrene Soraya

Trending

Jika Riza Telah Jual Rohnya Pada Syaitan, Anggap Hutangnya Pada Syaitan Telah Dituntut-Azrene Soraya

||PINTU RUMAH ANAK-ANAK AZIZ ||

Pada suatu hari seorang budak lelaki sedang tidur, dan seseorang telah datang mengetuk pintu rumahnya. Dia bangun, berjalan ke pintu dan membuka sedikit pintu itu. Lantas kedengaran satu suara dari halaman rumahnya.

Advertisement

azrene
Suara itu bertanya apakah yang budak lelaki itu inginkan sebagai pertukaran jika budak itu memberi perlindungan dan pertolongan kepada yang empunya suara. Minda budak lelaki itu memberitahu, begitu juga tubuhnya, supaya jangan menerima tawaran tersebut. Tetapi hatinya yang penuh pengkhianatan telah mengambil apa yang diletakkan empunya suara di muka pintu dan ini telah menggoncangkan hidup budak itu.

Apa yang ditawarkan, ialah apa yang budak itu inginkan selama ini dan lebih lagi. Budak lelaki itu menghulurkan tangan, dan itu ialah pengakhiran ketenangan dalam hidupnya. Kerana dia telah mengambil apa yang diletakkan sebagai tawaran pertukaran di hadapan pintu rumah.

Suatu hari seorang budak perempuan sedang tidur dan pintu rumahnya diketuk kuat. Satu suara kedengaran bertanya jika ada apa-apa yang ada didunia ini yang dia lebih inginkan. Budak perempuan itu menjawab, kedamaian, keadilan dan apa saja perkara yang betul. Hanya untuk anak-anaknya tidur dengan selamat di waktu malam. Dia menghulurkan tangan dan membiarkan empunya suara masuk, meluaskan bukaan pintu tetapi tidak menutupnya rapat.

Mereka berdua dapat apa yang dinginkan, tetapi membayar harga yang sangat mahal.

Kerana Tuhan telah menetapkan, yang ‘kamu mendapat apa yang kamu kerjakan.’

Kamu hanya akan dapat apa yang benar-benar milikmu sahaja dan tidak lebih dari itu.

Jadi, kepada semua sahabat dan ahli keluarga, terima kasih kerana keprihatinan kamu semua pagi ini. Kepada yang bertanya apa perasaan saya tentang apa yang sedang berlaku, inilah kenyataan rasmi saya:

Riza pernah dan masih menjadi seseorang yang sangat kami sayangi. Malangnya, kasih kami padanya tidak cukup baginya dan khalayak yang dipilih untuk bersama dengannya. Seperti ramai yang lain, dia memilih untuk meraih kemasyhuran, kemewahan dan puji-pujian.

Kini dia sedang membayar harga kepada pilihan yang dilakukannya. Sekiranya negara Malaysia tidak mahu memberi keadilan kepada warga Malaysia yang meminta keadilan, maka US, memiliki cara mereka sendiri tentang justifikasi keadilan.

Mereka yang kenal rapat dengan saya tahu bahawa saya seperti kambing biri-biri hitam dalam keluarga–tetapi ini tidak bermakna saya tidak sayangkan keluarga saya. Orang boleh kata saya kejam atas apa yang akan saya tulis hari ini tetapi saya memang sejak dulu berdiri untuk melakukan apa yang betul, untuk kebenaran dan keadilan walaupun saya perlu membayar harga yang mahal, walaupun ia bermakna melakukan sesuatu yang tidak popular.

Saya sudah lama mengatakan bahawa sekiranya Riza telah menggunakan dan mendapat keuntungan dari dana yang telah dicuri maka dia perlu dihukum atas apa yang telah dia lakukan. Sekiranya dia bertindak sebagai proksi atau pemegang amanah untuk sesuatu yang bukan miliknya atau sesiapa pun yang meminta Riza untuk menjadi ‘anak lelaki yang bertanggungjawab’, dia perlu membayar harganya. Tak kiralah apa pun sebabnya sama ada betul atau tidak, sekiranya ia membawa mudarat kepada negara dan rakyat maka ia salah dan kesalahan mesti diperbetulkan.

Saya bukan ahli politik dan saya harap saya tidak pernah akan ada kaitan dengan politik. Sekiranya USAG dan US tidak mendedahkan siapa sebenarnya yang bersalah dengan menggunakan istilah ‘pegawai kerajaan dan 1MDB yang korup’ sahaja, saya berharap dan berdoa untuk negara ini dan apa yang benar, iaitu individu sebenar yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Kepada ibu Riza, kamu telah mengabaikan seorang anak untuk harga yang mahal dan kesan yang buruk. Kamu telah mempergunakan dan menggerakkan sumber kerajaan untuk mencipta huru-hara dan mengganggu kami selama sepuluh tahun kebelakangan ini hanya kerana kami mahu menegakkan hak untuk apa yang kami percaya sebagai betul. Jangan abaikan seorang lagi anak hanya supaya kamu dan suamimu boleh lepas bebas. Jadilah. Seorang. Ibu.

Kepada ‘pegawai-pegawai’ lain yang telah bantu mengganggu keluarga saya hingga hari ini kerana kamu diarahkan berbuat begitu untuk tidak kehilangan kerja kamu dan keselamatan ahli keluarga kamu, satu hari nanti pintu rumah kamu akan diketuk, dan jiwa dan hutang kamu akan dituntut. Pastikan kamu bersedia untuk membayarnya.

Mereka yang fikir saya ‘tiada perasaan’, sila ingat kata-kata saya. Doa saya untuk kebenaran dan keadilan–sama seperti rakyat Malaysia lain, telah dimakbulkan dan akan terus dimakbulkan. Jika Riza telah menjual rohnya pada syaitan hanya untuk memiliki apa yang bukan haknya, anggap saja hutangnya pada syaitan telah dituntut dan ada lagi yang akan dituntut.

Begitu juga, ahli keluarga saya yang lain yang telah menjual roh kepada syaitan, masamu akan tiba. Harga yang saya perlu bayar untuk melihat kerobohan sebuah rumah yang diperbuat dari kepingan kad, dan dan saya akan menjadi suara yang memberi semangat kepada semua untuk terus pertahankan apa yang benar supaya suami, ipar-duai dan anak-anak saya boleh tidur malam dengan aman dan selamat. Pada masa yang sama saya perlu membayar harga yang lain, iaitu memerhatikan ahli keluarga yang saya tinggalkan 10 tahun lepas membayar harga salah laku mereka.

Fikirkan bahawa hutang-hutang mereka semua akan terus dibayar. Tanya diri kamu: bagaimana dengan hutang kamu. Adakah kamu sudah cukup berusaha untuk membayar hutang kepada diri kamu, negaramu dan rakyatnya? Saya akan terus membayar hutang-hutang saya supaya kita semua boleh tidur aman di waktu malam.

Much respect, love and encouragement- Azrene

Sumber: Azrene Soraya

Nota: Azrene ialah adik perempuan Riza Aziz, yang sedang disiasat oleh Jabatan Undang-undang US atas tuduhan menyalahgunakan dana awam yang diambil melalui 1MDB untuk membeli aset dan hartanah di US.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.