Jika Raya Jatuh 6 Julai, Kerajaan Setuju Beri Cuti Pada 8 Haribulan Kepada Penjawat Awam

Trending

Jika Raya Jatuh 6 Julai, Kerajaan Setuju Beri Cuti Pada 8 Haribulan Kepada Penjawat Awam

Berikutan cadangan yang dilakukan oleh Cuepacs, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan perlepasan khas kepada kakitangan awam bertugas pegawai perkhidmatan awam Persekutuan, lapor Bernama.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Advertisement

Bagaimanapun, perlepasan khas ini tidak akan terguna pakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

“Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri.”

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...