Jika Pemiliknya Meninggal Dunia, Keluarga Tak Perlu Tanggung Hutang Kereta

Trending

Jika Pemiliknya Meninggal Dunia, Keluarga Tak Perlu Tanggung Hutang Kereta

Dua tahun lalu, saya ada seorang pelanggan muda, awal 20’an yang membeli kereta Perodua Alza Advance. Dua bulan selepas itu, kakak dia menghubungi saya memaklumkan yang adik dia baru saja meninggal dunia sebab sesak nafas.

Advertisement

Kakak dia bertnaya, adik dia ada ambil Autolife tak?

Autolife ini adalah Takaful khas untuk kenderaan jika pemiliknya meninggal dunia. Harganya sangat murah, dalam RM250 sahaja sekali bayar seumur hidup jika masih awal 20’an.

Saya pun menghubungi pihak bank dan bertanya jika pelanggan itu tadi ada ambil Autolife atau tak. Kemudian pihak bank memaklumkan bahawa:

“Kami dah offer pada customer tetapi dia tak ambil.”

Berat hati saya nak menghubungi kakaknya untuk memaklumkan yang adik dia tidak mengambil Autolife. Tetapi terpaksa juga beritahu yang adik dia tak ambil Autolife.

Nasihat saya di sini, jika anda ingin membeli kereta, sebaiknya ambil sekali Autolife. Sekurang-kurangnya jika pemiliknya meninggal dunia, keluarga tidak perlu menanggung hutang kereta kita.

Kredit : Muhd Khairul Azrul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...