Kumpulan Sepah satu ketika dahulu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Mamat. Antara ramai-ramai Mamat adalah yang paling kurang lawaknya dan paling tidak menonjol sehingga ada yang mempersoalkan kehadiran Mamat di dalam kumpulan tersebut. Selepas kumpulan Sepah berpecah, Jepp dan Shuib membentuk Sepahtu dengan seringkali menjemput seorang pelawak lain. Secara jujur gandingan Sepahtu dengan pelawak lain agak tidak menjadi sehingga ada yang mahukan Mamat kembali.
Terbaru menurut Mamat, sengketa yang timbul antara dirinya dan anggota kumpulan Sepah yang lain telah pun selesai. Malah Mamat membayangkan keinginannya untuk bersatu kembali di bawah payung Sepah. Kata Mamat:-
Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing. Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir
Teringin juga melihat kumpulan Sepah beraksi seperti di awal kemunculan mereka. Walaupun Mamat jarang mengenakan ‘punchline’ yang hebat, namun impaknya di dalam kumpulan tersebut tetap besar. Bak kata orang, bila seseorang itu tak ada, barulah kita akan rasa kehilangannya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Mamat dan kumpulan Sepah. Kalau ada jodoh, pasti mereka akan bersatu kembali. Apa kata anda? Sumber portal Murai.