Jika Lif Tiba-Tiba Jatuh Menjunam Ke Bawah, Ini Langkah Untuk Menyelamatkan Diri

Trending

Jika Lif Tiba-Tiba Jatuh Menjunam Ke Bawah, Ini Langkah Untuk Menyelamatkan Diri

Boleh dikatakan ramai yang menggunakan lif untuk pergi ke aras tinggi di sesebuah bangunan. Lebih-lebih lagi ada berpuluh aras pada bangunan tersebut.

Advertisement

Namun apa yang agak merisaukan adalah bagaimana sekiranya lif yang dinaiki itu bermasalah tanpa kita jangkakan ianya berlaku? Sudah tentu amatlah merisaukan apabila nyawa dalam bahaya.

Cuba anda bayangkan, sedang anda menggunakan lif untuk pulang ke rumah, atau pun di pusat membeli belah, dengan tiba-tiba, lif tersebut menjunam laju ke bawah, apakah tindakan yang anda boleh lakukan? Dalam membantu anda untuk bertindak dengan selamat, Bright Side kongsikan cara untuk melepaskan diri dengan selamat, semasa lif sedang jatuh.

Malangnya, tiada seorang yang mampu untuk sepenuhnya selamat dari sebarang bahaya. Namun begitu, ianya juga bergantung kepada diri sendiri, untuk mencari penyelesaian tentang sesuatu perkara.

Jika diri berhadapan dengan situasi mencabar. Tambahan pula, tindakan pantas semasa situasi berlaku, mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda, dan juga orang lain.

Bright Side ingin kongsikan kepada anda, langkah yang dicadangkan oleh saintis dan juga jurutera mengenai, apa yang anda perlu buat, dan elakkan jika anda berada dalam situasi lif terjatuh.

Dalam Apa Jua Keadaan, Jangan Cuba Untuk Melompat Sewaktu Impak Berlaku

Pertama, ia agak sukar untuk anda melompat semasa dalam keadaan terjatuh ke bawah. Kedua, lompatan anda akan mengurangkan tahap kelajuan anda jatuh, dengan kadar yang sama impak berlaku, dan ianya berita buruk buat kebanyakan orang. Ketiga, tiada cara yang dapat diketahui, bahagian badan anda yang mana akan jatuh terlebih dahulu, dan kecederaan bagaimana yang terjada pada tubuh anda. Ianya sudah terbukti sekian lama, menerusi eksperimen yang dilakukan ini, di Discovery Channel.

Jangan Berdiri Tegak

Ianya juga bukan satu idea yang baik, kerana, berat badan anda akan menjadi 10 kali ganda lebih berat, dan ia akan ditampung oleh kaki anda sewaktu lif sedang jatuh ke bawah. Ini boleh membawa kepada kecederaan yang lebih teruk.

Posisi Terbaik Yang Perlu Dilakukan : Berbaring Pada Lantai Lif

Sebaik sahaja anda merasakan bahawa lif akan jatuh, secepat mungkin berbaring di atas lantai lif tersebut. Dalam kedudukan ini, daya hentakan akan tersebar sama rata pada keseluruhan badan anda.

Jika Orang Terlalu Ramai, Dan Anda Tidak Boleh Baring, Duduk Atau Bengkokan Lutut Anda

Dalam situasi ini, cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah duduk di atas lantai lif. Dengan posisi ini, beban tulang anda akan kurang, berbanding jika anda berdiri. Jika anda ruang yang kecil, paling kurang, bengkokkan lutut anda, kerana ia juga akan membantu mengurangkan daya impak.

Sesungguhnya apa yang berlaku tiada siapa yang mengetahuinya, dengan perkongsian ini, ia dapat memberi ilmu baru buat kita, dan boleh menjadi salah satu cara untuk menyelamtkan diri bila berhadapan situasi sebegini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...