Sehingga kini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah masih belum memberikan apa-apa respon tentang kes tangkap khalwat suaminya, Aliff Aziz dan rakan selebriti, Ruhainies hujung minggu lalu.
Ibu kongsi video
Terbaru, ibunya iaitu Zarinah telah memuat naik satu video yang memaparkan moments dia dan suami bersama anak perempuan mereka itu.
Namun, apa yang tertulis pada video tersebut telah mencuri tumpuan ramai warganet dan mengundang sebak selepas Zarinah seperti memberi bayangan ia berkaitan kontroversi rumah tangga Bella.
Jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluargamu, meereka akan selalu ada untukmu.
View this post on Instagram
Netizen doakan Bella
Meskipun masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan namun platform media sosial sudah pun dibanjiri dengan kata-kata semangat dan positif terhadap Bella kerana kes begini berulang kembali.
Malah, ada yang berharap kali ini Bella ‘mengangkat kaki’ dan lebih memikirkan tentang dirinya yang kerap kali disakiti oleh insan bergelar suami.