Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Jika Kurang Sedap, Maafkanlah Kami’ – Fazley Yaakob Mohon Doakan Peniaga Makanan

Memasuki bulan Ramadan, pasti ramai yang mengidamkan juadah berbuka puasa yang enak dan menyelerakan. Antara sajian yang paling ditunggu-tunggu adalah kuih muih tradisional dan lauk pauk beraneka jenis.

Namun, sebagai seorang manusia, peniaga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Itulah yang diluahkan Dato’ Fazley Yaakob di ruangan Instagram memohon pembeli menegur peniaga dengan cara terbaik jika masakan kurang memuaskan.

Advertisement

Dia turut memohon pembeli mendoakan usaha peniaga dan tidak mencela makanan seandainya kurang sempurna. Dalam hantaran tersebut, Fazley berkata bekerja sebagai peniaga makanan bukanlah mudah. Sebagai tukang masak, dia bertanggungjawab membuat persediaan seawal 3 pagi untuk memasak puluhan jenis makanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Advertisement

Tambah Fazley lagi, hanya orang yang pernah melalui memahami penat lelah peniaga setiap hari. Dalam berusaha memberikan yang terbaik, sesekali tukang masak kalah dengan lidah yang tidak mampu merasa pada hari puasa.

Kepada pembeli, Fazley memohon supaya mengkritik dengan cara membina supaya peniaga dapat belajar daripada kesilapan. Ujarnya, janganlah pula dibunuh semangat dan harga diri peniaga dengan kritikan sehingga tiada yang mahu mencuba jualan mereka.

Di akhir hantaran, cef selebriti ini memohon maaf mewakili peniaga-peniaga makanan yang lain.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. nani

    April 22, 2021 at 11:13 am

    Maaf nak cakap, beli lepat pisang& labu kat bazaar ramadhan. Balik berbuka lepatnya keras liat dan tak da inti. Sempatlah menyumpah spontan sbb rasa teraniaya. Bukannya harga seposen seketol. Penat ke bazaar lagi. Org melayu adakalanya kalau meniaga mcm tahi. Tak buat betul2 mcm cina. Lps tu tak laku minta subsidi kerajaan. Ni salah mentaliti sendiri. Kalau jual buah yg busuk campur sekali. Kalau cina jual asing harga pun lain. Elok kalau buat review depan2 biar bg motivasi sikit kat peniaga jgn tahu nak kecik ati je. Saye pembeli kecik ati ni..

Loading...
To Top