‘Jika Kurang Sedap, Maafkanlah Kami’ – Fazley Yaakob Mohon Doakan Peniaga Makanan

Hiburan

‘Jika Kurang Sedap, Maafkanlah Kami’ – Fazley Yaakob Mohon Doakan Peniaga Makanan

Memasuki bulan Ramadan, pasti ramai yang mengidamkan juadah berbuka puasa yang enak dan menyelerakan. Antara sajian yang paling ditunggu-tunggu adalah kuih muih tradisional dan lauk pauk beraneka jenis.

Namun, sebagai seorang manusia, peniaga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Itulah yang diluahkan Dato’ Fazley Yaakob di ruangan Instagram memohon pembeli menegur peniaga dengan cara terbaik jika masakan kurang memuaskan.

Advertisement

Dia turut memohon pembeli mendoakan usaha peniaga dan tidak mencela makanan seandainya kurang sempurna. Dalam hantaran tersebut, Fazley berkata bekerja sebagai peniaga makanan bukanlah mudah. Sebagai tukang masak, dia bertanggungjawab membuat persediaan seawal 3 pagi untuk memasak puluhan jenis makanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Tambah Fazley lagi, hanya orang yang pernah melalui memahami penat lelah peniaga setiap hari. Dalam berusaha memberikan yang terbaik, sesekali tukang masak kalah dengan lidah yang tidak mampu merasa pada hari puasa.

Kepada pembeli, Fazley memohon supaya mengkritik dengan cara membina supaya peniaga dapat belajar daripada kesilapan. Ujarnya, janganlah pula dibunuh semangat dan harga diri peniaga dengan kritikan sehingga tiada yang mahu mencuba jualan mereka.

Di akhir hantaran, cef selebriti ini memohon maaf mewakili peniaga-peniaga makanan yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...