Jika Keadaan Memaksa, Saya Akan Dedahkan Butiran Laporan Polis – Fasha Sandha

Hiburan

Jika Keadaan Memaksa, Saya Akan Dedahkan Butiran Laporan Polis – Fasha Sandha

Dihimpit dengan pelbagai spekulasi sejak berita beliau membuat laporan polis terhadap Jejai tersebar, Fasha Sadha bagaimanapun sudah bersedia menghadapi segala kritikan apabila membuat keputusan berkenaan.

Hanya mahu melindungi keluarga beliau, Fasha tidak kisah jika ada sesetengah pihak yang mahu membuat andaian mereka tersendiri.

Advertisement

Namun, Fasha juga memberitahu satu hari nanti beliau mungkin akan mendedahkan butiran laporan polis berkenaan jika keadaan memaksa.

Tentang laporan polis yang saya buat itu, semuanya setelah saya fikir semasak-masaknya.Saya sedar bila ke balai polis banyak mata memerhati dan akan keluar akhbar.

Tetapi saya tak pedulikan semua itu kerana tujuan saya buat laporan polis sebab untuk perlindungan diri saya serta anak-anak. Apa andaian orang lain, itu saya tak mahu fikir.

Tetapi saya tidak pernah menjelaskan apa butiran isi laporan polis itu. Cuma suatu hari nanti, apabila keadaan memaksa, saya tidak teragak-agak untuk menjelaskan apakah butiran laporan polis tersebut.

Buat Fasha, apa yang beliau lalui iaitu perpisahan bersama Jejai adalah ketentuan takdir. Fasha sedar setiap apa yang diberikan didalam dunia ini adalah pinjaman semata-mata.

Saya ini seorang yang sangat optimistik. Saya selalu menganggap setiap apa yang diberikan Allah itu adalah satu pinjaman, baik manusia mahupun harta benda. Rahsia Allah itu sangat besar, sampai masanya kita harus bersedia apabila Dia ingin tarik semula pinjaman itu.

Sekarang tidak perlu lagi kita berspekulasi mengenai apa yang terjadi antara Jejai dan Fasha, kami pasti bila tiba waktu yang sesuai pasti segalanya akan terungkai jua. Saat itu baru kita tahu kebenaran disebalik semua dakwaan.

Sumber Berita : Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...