Susulan kadar kelahiran anak semakin hari semakin rendah, Jepun dijangkakan akan menjadi negara pertama yang pupus dari muka bumi ini jika perkara itu berterusan.
Penduduk Jepun akan pupus?
Perkara tersebut disuarakan oleh seorang profesor di negara itu yang bernama Hiroshi Yoshida dan katanya, lagi 695 tahun lagi, jika perkara ini berterusan, Jepun hanya akan ditinggalkan dengan seorang anak sahaja.
Melalui data, kadar kelahiran di negara itu menurun dengan cepat, di mana pihak kerajaan memaparkan pada tahun 2023 ia turun hingga ke 1.20 dan merupakan rekod yang terendah.
Kerajaan lancarkan aplikasi ‘dating’
Difahamkan, faktor perkara itu kerana penduduk di sana semakin banyak yang tidak berkahwin dan menurut laporan, kira-kira 28 peratus kaum lelaki berumur 50 tahun tidak berkahwin, manakala kaum wanita pula 17.8 peratus.
Bagi mengatasi masalah ini, penggubal dasar sedang mengkaji cara agar hal ini tidak berterusan dan tahun lalu, Kerajaan Metropolitan Tokyo melancarkan aplikasi temu janji dengan harapan ia merupakan langkah pertama mereka lebih dekat dengan perkahwinan.