Jika Farid Kamil Hendak Pulangkan Gelaran Datuk, Itu Lebih Baik – Pemangku Raja Pahang

Jika Farid Kamil Hendak Pulangkan Gelaran Datuk, Itu Lebih Baik – Pemangku Raja Pahang

Kes penahanan Datuk Farid Kamil Zahari, 37, atas empat pertuduhan jenayah baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Ini kerana pelakon itu baru saja menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember tahun lepas, sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Advertisement

Kosmo Online melaporkan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku pemangku Raja Pahang menerima baik sekiranya Farid memulangkan Darjah itu dengan rela hati setelah Farid  ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda kepada pemberita di sini semalam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Baginda tidak berhasrat menghukum penerima DIMP sekiranya mereka melanggar undang-undang:

Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.

Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik.

Farid telah dibebaskan dari tahanan reman pada 16 Januari. Empat kes dihadapi Farid ialah mendatangkan kecede­raan yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

44 Comments

  1. benci orang hipokrit

    January 18, 2018 at 4:50 pm

    Bila kita dah dapat gelaran dan pengkurniaan darjah kebesaran tu, kita carry title tu bukan sebarangan. Perangai kena helok, gosip2 murahan ni a big no-no, kena la sesuaikan diri kita dengan title dato’ tu supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat. Dalam hal ni, rasanya ada baik kau kembalikan jela darjah kebesaran tu FK oii. Artis lain yang rasa2 tak boleh nak control perangai, yang tak classy, lebih baik korang pulangkan title yang korang dapat tu. Buat malu istana je. Lepas tu teruk kena kecam dgn netizen!

  2. Anonymous

    January 18, 2018 at 2:51 pm

    Sultan/pemangku sepatutnya beri gelaran pada yg layak, yg berjasa…bukan kat yang layak membeli. Inilah akibatnya.

    Tak screening dulu ke sebelum kasi dato’, screening RM yg dihulur aje ke.?open secret.
    Kerajaan patut wujudkan akta haramkan jual beli darjah kebesaran, untuk elak salahguna oleh dua2 belah pihak.

  3. Anonymous

    January 18, 2018 at 2:42 pm

    Sultan/pemangku raja pun patut sedia maklum…gelaran darjah kebesaran harus diberi kepada yang layak menerima., yg berjasa kepada negara..bukan kpd yang layak membeli.Inilah akibat.

    Sebelum nak kasi dato’ tu tak screening dulu ke? ke screening brp RM leh hulur ? open secret.saya minta kerajaan wujudkan akta haramkan jual beli darjah kebesaran. Untuk elakkan salahguna oleh penerima gelaran dan penjual gelaran.

  4. Anonymous

    January 18, 2018 at 2:00 pm

    Minta pulangkan duit balik..boleh?

  5. JU

    January 18, 2018 at 12:27 pm

    terpulang pada DD, kalau DD pujuk suruh pulangkan..Fk kena pulangkan lah, kalau mylove DD suruh buat dek jer..FK ikut je..
    (jantan kalau mengisap, perangai takde yg baik, hidup bakal kecundang,
    huhhh minta jauh dari kami semua)

Loading...