Pelawak dan juga pelakon, Zizan Razak tampil menyampaikan pesanan berguna kepada mereka di luar sana terutamanya umat Islam agar meletakkan misi menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah terlebih dahulu setelah sempadan negara telah dibuka kelak.
Kata Zizan, rumah Allah itu sepatutnya menjadi destinasi utama berbanding lokasi pelancongan yang lain terutamanya kepada mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara.
View this post on Instagram
Perkara tersebut diutarakan pelakon filem Hantu Bonceng itu ketika sesi siaran langsung di Instagram bersama penyanyi Shiha Zikir, malam tadi.
Ujarnya lagi, meskipun melancong ke destinasi utama lain seperti Korea, Jepun dan Australia misalnya itu tidak salah, namun lebih baik duit yang disimpan itu digunakan untuk mengerjakan umrah di tanah suci terlebih dahulu.
Bayangkan kita penat untuk simpan RM5,000 tetapi dapat saja duit, pergi Korea, Jepun atau Australia dulu. Tidak salah pun perkara itu namun kenapa kita mampu simpan duit sebanyak itu tetapi tidak ke rumah Allah dulu?
Tambahnya lagi, masyarakat tidak perlu takut dan mempercayai kisah-kisah negatif yang diceritakan orang lain ketika berkunjung ke tanah suci itu.
“Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti dia akan berikan yang terbaik untuk hamba-Nya.” ujarnya lagi dalam sesi Live IG tersebut.
Terdahulu, Zizan pernah menunaikan umrah serta sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Mekah sekitar tahun 2018 dan 2018 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.