“Jika Dihubungi Untuk Beri Kerjasama, Sudah Tentu Saya Akan Lakukan” – Jalaluddin Hassan Hanya Jalankan Tugas Sebagai Duta

Trending

“Jika Dihubungi Untuk Beri Kerjasama, Sudah Tentu Saya Akan Lakukan” – Jalaluddin Hassan Hanya Jalankan Tugas Sebagai Duta

Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan sedia memberi kerjasama jika dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai isu syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Memetik laporan Berita Harian, meskipun dia masih terkejut dengan dakwaan berkenaan, Jalaluddin akui dia tenang kerana pihak syarikat perunding kewangan berkenaan memberi jaminan dirinya bersama dua selebriti yang lain tidak terbabit dalam isu tersebut.

Advertisement

jalaluddin hassan

Bila isu ini timbul, saya agak terkejut. SPRM juga belum hubungi saya. Tetapi jika dihubungi untuk beri kerjasama, sudah tentu saya akan lakukannya.

 

Tiada masalah, kami boleh kerjasama. Setakat ini, belum ada apa-apa lagi.

 

Pengasas syarikat perunding kewangan berkenaan beritahu, saya selaku duta tidak terkesan apa-apa.

Dalam pada itu, pelakon itu turut berkata dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang duta seperti yang termaktub dalam kontraknya.

jalaluddin hassan

Malah, dia juga mendakwa tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan sepanjang bergelar duta kepada syarikat pengurusan kewangan berkenaan.

Dia juga menafikan dirinya menerima bayaran sehingga RM400,000 seperti yang diperkatakan.

Alangkah bertuahnya saya mendapat wang sebanyak ini. Saya tidak mahu cerita dan menafikan perkara ini.

 

Biarlah pihak berkuasa menyiasat. Saya lihat reaksi pihak syarikat pengurusan kewangan tenang sahaja. Saya harap semuanya dapat dijernihkan.

19 hours ago

Penyanyi Terkenal Antara Selebriti Yang Akan Dipanggil Oleh SPRM Minggu Depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...