Abang Nara tak dapat bayangkan bagaimana ibu-ibu tunggal di luar sana membesarkan anak mereka seorang diri. Pergh. Abang Nara yang ada bini ini pun kelam kabut kiri kanan depan belakang nak menjaga anak, inikan ibu-ibu tunggal yang terpaksa mengharungi 24 jam bersama anak secara berseorangan. Memang besar cabaran, dugaan dan pahala yang bakal mereka perolehi. Dialah ibu, dialah ayah. Sangat besar tanggungjawab itu.
Seperti yang kita ketahui, Elly Mazlein adalah antara ibu-ibu tunggal yang begitu cekal membesarkan anak tanpa seorang suami di sisi. Selepas terkeluar dari Gegar Vaganza, rezeki Elly semakin murah. Malah Elly juga memaklumkan yang dirinya teringin ingin menjadi duta kepada ibu tunggal untuk berkongsi pengalamannya. Kata Elly Mazlein:-
Sekarang saya ditawarkan untuk jadi duta produk, berlakon dan memenuhi undangan nyanyian. Saya anggap ini rezeki untuk anak saya Putri Sara Sefhia. Terima kasih kepada Astro kerana memberikan saya peluang ini.
Jika boleh saya mahu jadi duta ibu tunggal. Nak berkongsi pengalaman dengan semua ibu-ibu tunggal yang lain. Kita kena kuat dan bersedia. Kena reda dengan apa yang berlaku
Abang Nara ingin luahkan rasa respek, hormat dan kagum kepada semua ibu tunggal di luar sana yang berhempas pulas membesarkan anak mereka termasuklah Elly Mazlein. Bagus juga kalau ada persatuan ibu tunggal atau perjumpaan sebulan sekali untuk mereka ini berbincang, meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Sekurang-kurangnya tak adalah seorang diri fikir macam-macam masalah. Tak gitu? Apa pendapat anda?
P.S: Baru-baru ini, Abang Nara terserempak dengan sesuatu applikasi yang agak menarik di App Store. Nama dia “Manisâ€. Perghhh…first time Abang Nara tengok, rasa macam pelik pulak, tetapi fungsi applikasi ini memang cukup awesome. Tahukah anda bahawa, resit-resit yang anda suka buang itu sebenarnya bernilai.Â
Senang je nak guna applikasi Manis ini untuk mendapatkan ganjaran. Cuba korang tengok video di bawah.
Ingat, anda hanya boleh menebus resit yang bercetak sahaja, bukan bertulis dalam masa 24 jam. Selamat Mencuba! Boleh download applikasi Manis di Google Play Store dan juga Apple App Store.