“Jika Boleh Berganti Nyawa..” – Bapa Siti Sarah Akui Masih Perit Rindukan Arwah

Hiburan

“Jika Boleh Berganti Nyawa..” – Bapa Siti Sarah Akui Masih Perit Rindukan Arwah

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila kehilangan seorang anak yang amat disayangi, begitu juga bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah mengakui masih rindukan anak perempuannya itu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sarah, sebuah hantaran beserta coretan panjang sudah boleh menggambarkan perasaan sebak serta rindu seorang bapa terhadapnya anak apabila berada di pusara arwah.

Advertisement

Sebelum berlangsungnya majlis tahlil arwah, Raissuddin sempat ke pusara arwah pada pagi itu untuk menaikkan nisan dikubur tersebut.

Dalam pada perkongsian tersebut, dia yakin bahawa kehilangan paling perit untuk setiap manusia di dunia yang bergelar ibu bapa adalah apabila kehilangan anak yang dicintai.

Advertisement

Jika boleh diganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu sebelum anak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir?

Raissuddin dan arwah Siti SarahSumber : Google 

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU), HTCM, UKM pada 9 Ogos lalu dan arwah meninggalkan suaminya, Shuib Sepahtu dan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash.

4 bulan lalu

"Saya Rasa Dunia Ini Macam Sesepi-Sepinya.." Bapa Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Kongsi Duka Di Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...