Melihat keperitan hidup yang ditanggung oleh Puteri Balqis sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan, rata-rata netizen mempersoalkan di manakah rakan-rakan artis yang berlakon denganya selama ini? Mengapa mereka tidak tampil menghulurkan bantuan untuk sama-sama meringankan beban pelakon cilik itu. Namun, hakikatnya ada artis yang pernah membantu Puteri Balqis sebelum ini.
Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia dan rakan artis pernah melakukan jualan amal, menjual barangan terpakai untuk membantu mengutip derma buat Puteri Balqis.
Ia momen yang tidak boleh dilupakan oleh Sakinah, ketika itu dia seronok menjual barang milik pengarah Michael Ang sehingga sanggup terbaring di kaki lima.
Dalam masa yang sama Sakinah turut memberi nasihat dan pesanan buat Puteri Balqis tentang kehidupan dan bagaimana menghadapi masalah. Setiap orang mempunyai ujian tersendiri yang datang dengan pelbagai cara, tetapi jangan jadikan masalah itu sebagai penghalang untuk diri kita melakukan sesuatu.
Bukan Sakinah sahaja yang menyertai acara amal itu, selebriti Jihan Muse, Nabila Huda dan Sherry Al-Hadad turut serta untuk mengutip derma buat Puteri Balqis.
Terdahulu, Nabila pernah memberitahu hasil daripada jualan tersebut mereka berjaya mengumpul sebanyak RM2500 dan telah menyerahkan wang berkenaan kepada Puteri Balqis secara berperingkat.
mimi
January 16, 2020 at 3:39 pm
the kid got talent. sebelum ni pun rasa nya banyak income dari berlakon, sekiranya pendapatan dia diurus dengan baik, takkan jadi isu mcm ni. she’s just a kid. dia ada nasib lebih baik dari ramai pesakit kanak kanak diluar sana. she used to work and she was earning something kan. so mana pegi semua tu? out there, pesakit kanak kanak lain pun mak bapa diorang bergolok gadai juga untuk perubatan anak mereka, tapi jarang kita nampak makbapa orang bawa anak dia bergelandangan macam ni. something wrong with the parent. Balqish, you are a kid, you tak salah. Please la gais, berapa ramai single mother anak sakit mcm ni luar sana, tapi takdela sampai heret anak sekali siap jual buku anak mcm ni. Yang kita nampak, ada yang gigih amik 3 kerja untuk sara anak anak. Im sorry but I cant brain the way her mother way of decision making.
Anonymous
January 16, 2020 at 1:09 pm
Terdahulu, Nabila pernah memberitahu hasil daripada jualan tersebut mereka berjaya mengumpul sebanyak RM2500 dan telah menyerahkan wang berkenaan kepada Puteri Balqis secara berperingkat.
Anonymous
January 16, 2020 at 11:45 am
nabila tu lebih kuah daripada sudu…mengada ngada
ikan
January 16, 2020 at 11:37 am
aku tak suka perempuan ni tapi ada betulnya yg die cakap
mak jemah
January 16, 2020 at 11:20 am
ayat perli nabila tu “oh ramai torang tolong rupanya.”