Jika Berdepan Masalah, Jangan Buang Orang – Sharifah Sakinah Nasihat Puteri Balqis

Hiburan

Jika Berdepan Masalah, Jangan Buang Orang – Sharifah Sakinah Nasihat Puteri Balqis

Melihat keperitan hidup yang ditanggung oleh Puteri Balqis sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan, rata-rata netizen mempersoalkan di manakah rakan-rakan artis yang berlakon denganya selama ini? Mengapa mereka tidak tampil menghulurkan bantuan untuk sama-sama meringankan beban pelakon cilik itu. Namun, hakikatnya ada artis yang pernah membantu Puteri Balqis sebelum ini.

sharifah sakinah balqis

Advertisement

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia dan rakan artis pernah melakukan jualan amal, menjual barangan terpakai untuk membantu mengutip derma buat Puteri Balqis.

Ia momen yang tidak boleh dilupakan oleh Sakinah, ketika itu dia seronok menjual barang milik pengarah Michael Ang sehingga sanggup terbaring di kaki lima.

sharifah sakinah kutip derma puteri balqis

Dalam masa yang sama Sakinah turut memberi nasihat dan pesanan buat Puteri Balqis tentang kehidupan dan bagaimana menghadapi masalah. Setiap orang mempunyai ujian tersendiri yang datang dengan pelbagai cara, tetapi jangan jadikan  masalah itu sebagai penghalang untuk diri kita melakukan sesuatu.

Bukan Sakinah sahaja yang menyertai acara amal itu, selebriti Jihan Muse, Nabila Huda dan Sherry Al-Hadad turut serta untuk mengutip derma buat Puteri Balqis.

nabila huda puteri balqis

Terdahulu, Nabila pernah memberitahu hasil daripada jualan tersebut mereka berjaya mengumpul sebanyak RM2500 dan telah menyerahkan wang berkenaan kepada Puteri Balqis secara berperingkat.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...