Written by Bella | September 1st, 2019

Tidak ada pasangan berkahwin untuk bercerai, namun tidak semua yang kuat dan tabah menghadapi dugaan alam berumah tangga.

sharnaaz ahmad bercerai

Baru-baru ini, kemelut rumah tangga pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terjawab apabila wanita itu mengesahkan sudah memfailkan perceraian di mahkamah. Nabila enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan segala urusan kepada mahkamah.

Menghadapi waktu paling sukar dalam hidupnya, Sharnaaz bagaimanapun redha sekiranya perpisahan adalah jalan terbaik.

sharnaaz ahmad jebat jayden

Memandangkan dia sudah failkan perceraian, jadi nak cakap apa lagi. Saya ikut saja. Apa yang pasti, saya takkan bercakap buruk mengenai perkara ini. Lagipun, Nabila adalah ibu kepada anak kami.

Walaupun saya bukan jenis yang berkongsi mengenai kisah peribadi, tapi saya akur dan perlu bersikap matang kerana ia sudah di bawah ke peringkat mahkamah.

sharnaaz ahmad cerai

Di tahun-tahun mendatang, saya akan sentiasa ingatkan diri apa yang pernah saya lakukan, pada waktu paling sukar dalam hidup iaitu sewaktu ulang tahun kelahiran saya.

Saya terima dugaan ini. Saya lelaki dan sentiasa tidak gentar menerima risiko dalam hidup.

sharnaaz ahmad noor nabila

Dalam pada itu, Sharnaaz menafikan dakwaan netizen kononnya apa yang berlaku berkaitan dengan sikap panas baran.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : Harian Metro

14 responses to Jika Bercerai Jalan Terbaik, Saya Redha – Sharnaaz Ahmad

  1. Anonymous says:

    Perkahwinan zaman nie ade expiry date weh. Takut aku. So pde yg baru kawen jgn merenyam sangat tayang hbis. Kasi rileks doa pada allah tetapkan hati pasangan hanya die pegang hati kita. Jangan over confident hati mu milik ku sajo.

    • Anonymous says:

      setuju. mana ada cinta jagung. cinta jagung konon. mana???!

    • Anonymous says:

      klu ko dlu kahwin dgn shila tu lain sikit takdir idup ko. masyhur pun masyhur tp dh takdir kn….

      • Anonymous says:

        Mana kau tau dia kawen dgn shila ok-ok saja? Entah2 benda sama jgk jd. Takdir orang ni takleh cakap ‘kalau’. bkn dia mintk pon kawen-cerai. dh ditakdirkan mcm tu. nak kala-kalau apanya.

    • kisahnya says:

      ituler…org kata setiap kata2 ..komen apa semua…tgk dulu diri sendiri…kadang sharnaaz ni kalo dapat komen org…mcm dia bagus…macam benda tu tkkn berlaku kt dia…smua org salah semua org tk betul….betulkan diri dulu baru komen org..

      pung pang bising pasal tegakkan agama….bini pn idak bertudong…dia sendiri pakai rantai emas..bila org tegur tau plak melenting ckp pakai sbb ada kenangan susah senang!! dah pulak!! …..bykla lagi la kes dia ni…

      tula tuhan nak pusing uji diri tu sekejap jer….haishhh

  2. Alahai says:

    Kesian baby, blm puas merasa kasih syg kedua org tua di bwah satu bumbung parents dlm proses cerai..alahai, aku pulak yg emo

  3. damai says:

    allah, knp org skg senang sgt cerai if ada problem, if pasangan mmg x tanggung jawap, x beri nafkah pd anak dan isteri dan cepat tangan or ada org lain dgn dah buat maksiat understand lah, naik seram ku tengok mudah sgt org2 skg lafazkan cerai

  4. aoa kes says:

    da mcm bodo blog ko nara. penuh dgan iklan…

  5. Lopak & co . says:

    Hmmmm…. In this case …aku sokong kau Shanazz …bukan peminat …
    Tapi agak susah nak hidup dgn bini yg incomenya 40 millions setahun .
    Aku tak tau la mcm mana ego bini hang gan adik beradik dia mcm mana tinggi ….

    Hang pun mulut byk gak tapi aku rasa dlm hal ni ..aku sokong hang … Kelantan susah ooi …

    • Anonymous says:

      ada saja mentaliti macam ni.. kenapa perlu kaitkan dengan negeri? ada je pasangan yang kahwin dgn org kelantan okay je.. pasangan bukan kelantan pun ada juga yang bercerai.. pokok pangkal nya semua dari diri sendiri..

  6. excuse me says:

    cerai jelah sharnaaz oii. Bini kau dah merenyam nak title ‘janda’ kali kedua. Dia mmg suka title miss j. Konon terhangat di pasaran.

  7. bravoo_girl says:

    Kali nie hati aku mengatakan Sharnaaz dipihak yang betul… Tidak ada 1 manusia yg kawin nak kan perpisahan terutamanya bila dah ada anak.. Kalu org yang cakap pasal baran, aku rasa bukan Sharnaaz sorang saje yang baran, smua orang ada sikap baran…

    Bila berkawin tapi tinggal bersama keluarga agak sukar & terbatas pergerakan nak corak rumahtangga kita sendiri.. Lebih afdal tinggal sendiri.. Ada kemungkinan jugak pihak 1 lagi tidak mahu berpindah or sebaliknya..

    Andai perpisahan yang terbaik, aku doakan agar kedua2 belah pihak lebih bahagia… Percayalah kata2 aku nie bukan mudah untuk nak lalui semua nie sebab aku tengok sendiri hal seperti ini berlaku pada kawin2 aku…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini