Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jika Benar Awin Amalkan Ilmu Hitam, Buktikan Dan Tunjuk Bomoh Yang Digunakan! – Izzue Islam

Berkali-kali menerima pelbagai tomahan yang teruk, pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak dapat menahan rasa amarahnya lagi saat isterinya, Awin Nurin difitnah mengamalkan ilmu hitam untuk memikat hati dan seterusnya berkahwin dengan selebriti itu.

Advertisement

Izzue menyifatkan individu yang menabur fitnah melampau itu sebagai seorang yang tidak mempunyai agama dan menuntut bukti atas segala dakwaan yang telah dibuat dan jangan hanya berselindung disebalik akaun palsu.

Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya. Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan.

Pada masa yang sama, Izzue akui mula terasa kecewa apabila sesetengah netizen masih mempersoalkan mengenai isu zuriat.

Isu menuduh orang menggunakan khidmat bomoh ini memang agak berat. Tentu sekali Izzue dan isterinya kecewa apatah lagi ada juga yang mempertikaikan soal anak. Pasangan mana yang sudah berkahwin tetapi tidak mahukan anak bukan? Apa-apa pun, kami harap Izzue dan Awin dapat terus bersabar dan bertabah. Siapa tahu ada rezeki yang terindah buat anda berdua selepas melalui dugaan ini?

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 Comments

  1. Niaina

    May 21, 2018 at 2:34 pm

    Takyah tanya ayat ape dia guna..
    Pi cari sorang mamat yg ko rasa hensem yg tgh sengkek xde keja..suport dia sampai berjaya..InsyaAllah akan jd cam Izzue n Awin..
    Tu pon kalau mamat tu tak lupa daratan..good luck lah

  2. cantiksangat

    May 20, 2018 at 11:04 pm

    masalahnya.. c izzue tu suka tengok kulit natural. tak perlu lah nak gedik mekap kat semua org tunjuk ko cantik sgt. Tp hakikat nya kat rumah takde nya nak mekap bagai. atleast bini dia tak gemuk and takde ciri2 nak curang bagai.. susah sgt ke nak terima hakikat?

  3. SERI

    May 18, 2018 at 5:29 pm

    tak lawa xpa. tapi ni mekap pun tak. at least mekap la sbb hang tu bini retis.
    bg la nmpak terhias sikit. pakai lipstik sikit. makcik juai nasik lemak pun pkul
    6 pagi pun mekap . bukan suruh mekap mcm che ta tu.

    • Anonymous

      May 19, 2018 at 6:03 pm

      Betul…..kita pompuan harapkan make up jer…miss universe pun make up…

  4. Mak esah

    May 18, 2018 at 10:46 am

    Sy pnah jmpa mereka pada satu program. Serius memula sy mcm tertanya gak, dr mana izzu jth cinta ngan awin. Tp bila first met awin, sy trus suka karektor diasini. Dia cute laand wlwpun polos tnpa mekap,. Pastu lembut je dgn izzu. Izzu manja ngan dia ..dan very protective. Rsnya point tu paling penting bg sorg suami yg menjadikan awin indah di, matanya. Aku respect diorg. Pasngn yg serasi

Loading...
To Top