Hari ini, Abang Nara ingin bongkarkan satu rahsia buat para gadis di luar sana. Kalau anda sampai ke hari ini masih tak ada bf/pakwe/kekasih, semoga dengan pembongkaran ini nasib anda akan berubah. Kalau selama ini anda tertanya-tanya apa yang lelaki mahukan pada seorang gadis, kini Abang Nara berkongsi jawapannya. Jeng, jeng, jeng!!!
Lelaki ini sebenarnya tak adalah susah sangat untuk jatuh cinta. Perkara paling penting yang anda perlu sedar ialah kami tidak memandang paras rupa. Kalau anda seorang yang cantik serta cun melecun, ia adalah satu bonus. Namun sekiranya ada memiliki 5 ciri-ciri di bawah, confirm kaum Adam akan jatuh cinta dan angau dengan anda:-
1. Keyakinan diri yang tinggi
First thing first sebagai seorang lelaki yang akan Abang Nara perhatikan di dalam diri seorang gadis ialah keyakinan dirinya. Abang Nara dulu pernah jatuh cinta dengan seorang awek yang memang tak berapa cun, tapi cara dia bercakap, gelagatnya bersama rakan-rakan dan gaya yakinnya masa buat kerja telah membuatkan diri ini jatuh cinta. Lagi satu lelaki suka apabila si gadis menjadi diri sendiri tanpa meniru orang lain. Setiap orang mempunyai keunikan yang berbeza dan dengan confidence di dalam diri, keunikan itu pasti akan menyerlah.
Najwa Latif yang merupakan seorang Laurier Go Girl adalah contoh gadis yang berkeyakinan tinggi. Najwa yakin dengan bakat nyanyiannya, bakat main gitarnya, bakat cipta lagunya dan bakat membuat persembahannya. Dari seorang penyanyi YouTube, kini Najwa Latif cukup popular seantero Malaysia. Selagi anda yakin dengan diri serta kemampuan anda, pasti kejayaan (dan juga kekasih hati) akan datang menjelma.
2. Aktif dan ceria
Tahukah anda peratusan untuk awek-awek yang aktif bersukan, melakukan aktiviti lasak dan sentiasa ceria mendapat pakwe adalah 80% lebih tinggi berbanding awek-awek yang duduk dalam bilik, hujung minggu terperap tidur je dan muka sentiasa masam. Contohnya kalau awek tue hebat main futsal, confirm lelaki-lelaki yang tengok kehebatannya akan terkagum dan terus cuba mengorat. Itu belum bila si awek tersenyum menampakkan gigi taringnya sekaligus menyerlahkan lagi kecomelan. Memang meruntun-runtun hati beb.
Korang mesti kenal Leona Chin nie kan? Ala, yang bawak kereta super power. Setakat drift tue sambil pejam mata je si Leona nie buat. Leona Chin pun adalah seorang Laurier Go Girl yang cukup ceria dan aktif. Tiada apa yang dapat menghalang Leona melakukan aktiviti lasaknya walaupun it’s that time of the month kerana Laurier memberikan keselesaan dan penjagaan sepanjang masa setiap hari.
3. Bercita-cita tinggi
Sebagai seorang gadis, anda perlu merancang masa depan, memasang angan-angan dan sentiasa cuba mencapai cita-cita. Kalau zaman dulu perempuan bolehlah duduk jadi suri rumah. Namun zaman sekarang ini, dengan keadaan ekonomi tak menentu, si gadis pun perlu membina karier, memajukan diri dan berusaha keras untuk berjaya. Lelaki memang suka kalau aweknya (merangkap bakal bini) ada duit sendiri serta kerjaya kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kewangan. Tak gitu?
4.Sentiasa berfikir secara positif
Ciri yang ini adalah paling penting bagi Abang Nara, lebih-lebih di zaman moden ini. Iyerlah, dunia sekarang ini penuh dengan kritikan, kecaman dan cabaran. Kalau berdepan dengan rintangan sikit je dah nak give up, lelaki pun malas nak layan. Sikit-sikit mengadu kat boyfriend, sikit-sikit cakap dunia nie tak adil. Kalau sekali dua tak apalah jugak. Kalau dah berkali-kali, lelaki pun malas nak layan.
5. Penampilan yang menarik
Bak kata Abang Nara pada awal artikel ini, kecantikan itu adalah perkara kedua bagi seorang lelaki. Namun tak bermakna korang boleh serabai, muka macam baru bangun pagi, mata sembam, jerawat batu sana sini dan kulit pun berkerutu je. Sekurang-kurangnya kenalah bagi sedap mata memandang. Janganlah sampai orang tengok pun rasa nak muntah. Sesibuk mana pun anda, penampil diri wajib dijaga.
Sempena perlantikan Najwa Latif dan Leona Chin sebagai Laurier Go Girl, anda kini berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM31,000. Anda cuma perlu ke Facebook KaoLaurier Malaysia dan ikut arahan yang tertera di sana. Apa-apa pun, jangan lupa be a Laurier Go Girl dan jadikan 5 ciri-ciri di atas sebagai mantera kehidupan anda untuk masa depan yang awesome (dan juga seorang pakwe untuk dijadikan suami). Selamat mencuba!!!
Maklumat lanjut layari Facebook KaoLaurier Malaysia.