“Jika Ada Yang Ambil Tanah Kubur Untuk Dijadikan Azimat, Mohon Ampun Pada Allah” – Bapa Nurly Sahirah

Kehidupan

“Jika Ada Yang Ambil Tanah Kubur Untuk Dijadikan Azimat, Mohon Ampun Pada Allah” – Bapa Nurly Sahirah

Keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman meminta agar orang ramai yang menziarahi kubur pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu supaya menjaga adab dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Memetik laporan Berita Harian, bapanya iaitu Azman Mohamad menjelaskan bahawa mereka sekeluarga tidak menghalang orang ramai untuk menziarahi kubur anaknya, namun dia mengingatkan orang ramai untuk menjaga tatasusila ketika berziarah selepas timbul pelbagai dakwaan termasuk ada yang dikatakan mengambil tanah kubur untuk dijadikan azimat.

Advertisement

Kubur Shahira dipasang tali

Saya tidak pasti kerana banyak masa berada di rumah tetapi jika ada yang berbuat demikian (ambil tanah kubur), mereka perlu minta maaf dan memohon keampunan Allah.

 

Tindakan mengambil tanah kubur untuk dijadikan azimat bertentangan dengan ajaran Islam kerana boleh mendatangkan khurafat dan syirik serta berdosa besar. Cukup sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, tidak perlu buat perkara tidak sepatutnya.

Azman turut berkata, kawasan tanah perkuburan adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Agama Daerah Besut. Walau bagaimanapun, keluarga mengambil tindakan untuk memasang tali penghadang di keliling kubur Allahyarham Nurly bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

kubur nurly sahirah azmanSumber : Berita Harian 

Sekarang ada wakil Pejabat Agama Daerah Besut membuat rondaan waktu malam di kawasan kubur untuk mengelak perkara tidak sepatutnya.

 

Kita bimbang jika keadaan tidak terkawal, pihak berkenaan boleh mengunci pintu pagar tanah perkuburan ini.

Dalam pada itu, Azman turut memohon maaf bagi pihak keluarganya jika tidak dapat melayan semua yang datang menziarahi mereka.

“Ada Yang Ambil Tanah Kubur Masuk Dalam Poket” - Tindakan Melampau Orang Ramai Punca Tali Dipasang Di Sekitar Kubur Nurly Shahira
15 hours ago

“Ada Yang Ambil Tanah Kubur Masuk Dalam Poket” - Tindakan Melampau Orang Ramai Punca Tali Dipasang Di Sekitar Kubur Nurly Shahirah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...