“Jika Ada Usaha Untuk Kembali Semula..” – Mahkamah Menetapkan 5 Mac Tahun Depan Bagi Keputusan JKP Adira & Datuk Red

Hiburan

“Jika Ada Usaha Untuk Kembali Semula..” – Mahkamah Menetapkan 5 Mac Tahun Depan Bagi Keputusan JKP Adira & Datuk Red

Susulan kontroversi tentang penceraian antara penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat telah menetapkan 5 Mac depan bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berkenaan proses penceraian pasangan tersebut.

Difahaman setelah prosiding selesai, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu telah melantik rakannya sebagai wakil JKP manakala Adira pulak melantik kakaknya Emma Suhaimi juga sebagai wakil.

Advertisement

Tiada masalah sekiranya pihak plaintif dan defendan mahu berbincang kerana mereka masih bergelar suami isteri. Jika ada usaha untuk kembali semula, itu lebih baik dan mahkamah meraikannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Berikut merupakan kata Hakim Syarie yang kemudiannya meletakkan tarikh tersebut bagi kedua-dua belah pihak untuk mengemukakan laporan JKP masing-masing.

Sebelum ini, diketahui Adira telah memfailkan penceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu kerana merasa perpisahan adalah satu-satunya jalan bagi menyelesaikan isu perkahwinan mereka.

Penyanyi ini juga pernah membuat permohonan cerai pada 2019 lepas namun ditarik semula atas dasar ingin memberi peluang kedua kepada Datuk Red itu.

adira
5 months ago

"Setakat Ini Perceraian Saja Jalan Yang Saya Nampak" - Adira Suhaimi Ulas Isu Bercerai Dengan Datuk Red

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...