Jijik! Penyewa Jadikan Bilik Tidur Tempat Pembuangan Sampah, Penuh Dengan Lipas

Trending

Jijik! Penyewa Jadikan Bilik Tidur Tempat Pembuangan Sampah, Penuh Dengan Lipas

Kotor dan sangat jijik, itulah yang kami rasakan bila melihat foto-foto keadaan sebuah bilik tidur yang dipenuhi dengan sampah sarap, tahi anjing dan ribuan ekor lipas. Naik bulu roma ni bila bayangkan lipas hidup bebas merayap dalam rumah.

Advertisement

Pendedahan yang sudah viral itu dimuat naik oleh penghuni  di bilik lain iaitu Micho Teh yang turut menyewa rumah yang sama.  Tentunya dia agak terkejut melihat keadaan bilik tersebut yang menggelikan. Micho memberitahu penghuni tersebut bukanlah rakannya dan lebih gemar makan sendirian di biliknya. Bukan itu sahaja, penampilan penghuni itu juga agak tidak bersih, rambutnya berminyak dan badannya berbau busuk.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila  Micho dan seorang lagi rakannya Nobu terlihat beberapa ekor lipas keluar dari tingkat atas kediaman itu.  Malah, mereka juga nampak ada lipas terbang keluar dari bilik penghuni berkenaan.

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk masuk ke bilik tersebut dan membersihkannya. Namun, ia bukanlah mudah. Terpaksa keluarkan banyak sampah punca pembiakan serangga.

Penuh sampah sarap, bau sangat busuk




Video keadaan bilik yang jijik

Sumber Berita : Micho Teh

Kredit Video : The Star Tv

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...