Jihan Muse & Ungku Hariz Sudah 8 Tahun Bercinta

Hiburan

Jihan Muse & Ungku Hariz Sudah 8 Tahun Bercinta

Power sungguh Jihan Muse dan Ungku Hariz menyorokkan percintaan mereka. 8 tahun mereka berkawan dan bersayang-sayang tanpa dapat dikesan oleh pihak media. Namun akhirnya kehadiran mereka berdua bersama-sama di ABPBH2014 baru-baru ini menyebabkan rahsia tersebut terbongkar. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Tak gitu?

jihan dan ungku hariz bercinta

Advertisement

Pernah merancang beberapa kali untuk berkahwin tetapi gagal, Jihan Muse yang sudah berusia lebih 30 tahun menyerahkan hal jodoh kepada ketentuan daripadaNya. Kata Jihan:-

Saya tidak mahu soal cinta lebih menonjol, apatah lagi Hariz tidak menggemarinya. Saya dan Hariz pendatang baru, kalau belum apa-apa sudah jaja cerita begitu, takut nanti orang meluat.

Bukankah jodoh itu Allah yang tentukan. Saya tidak pernah meletakkan sasaran waktu bila kami harus bernikah. Pernah sebelum ini saya membuat perancangan akan bernikah pada usia 23 tahun, tetapi gagal.

Kemudian saya sekali lagi membuat perancangan untuk bernikah pada usia 27 tahun, tetapi ia tetap tidak berlaku juga. Sekarang apabila usia melepasi 30 tahun, saya langsung tidak meletakkan sasaran.

Kalau datang jodoh, saya terima dengan tangan terbuka, sama ada cepat mahupun lambat.

jihan dan ungku hariz bercinta

Jihan pun tengah popular dan dapat banyak peluang berlakon, mengacara dan melawak sekarang ini. Mungkin belum tiba masa untuk berkahwin. Mungkin masih kena fokus pada kerjaya. Namun janganlah lambat-lambat sangat. Perancangan kena ada. Tak boleh terlalu berharap kepada takdir semata-mata. Semoga percintaan Jihan dan Ungkun Hariz akan ada penamat yang indah. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...