Jihan Muse Hamil Empat Bulan, Umum Dalam Rancangan MeleTOP

Hiburan

Jihan Muse Hamil Empat Bulan, Umum Dalam Rancangan MeleTOP

Pelakon, pelawak dan pengacara, Jihan Muse, mengumumkan telah mengandung dalam satu status Instagramnya. Terdahulu, perkara itu disebut oleh Yusry KRU dalam rancangan MeleTop yang menampilkan Yusry dan isterinya, Lisa Surihani.

Jihan memberitahu kehamilannya sudah masuk bulan keempat dan memberitahu hanya berani mengumumkan kehamilannya setelah memasuki trimester kedua. Jihan secara bergurau memberitahu bayinya ‘Made in France‘.

Advertisement

Apa yang menarik, Jihan juga mengucapkan terima kasih kepada drama Biniku Ninja kerana semua yang berlaku kepada wataknya dalam drama itu menjadi kenyataan kepadanya di dunia sebenar, antaranya, mengandung.
Screen_Shot_2017-08-16_at_10.45.43_AM

Rata-rata pengikut Jihan di media sosial melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya atas kehamilan itu.

Jihan telah sah bergelar isteri Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli , seorang pelakon pada 20 Mac 2016. –beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.