April 28th, 2016

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak akaun Instagram artis Malaysia digodam gara-gara terpedaya dengan e-mail yang mengatakan mereka boleh mendapat “blue tick” untuk mengesahkan Instagram mereka adalah asli.

Antara artis yang cukup tertekan dengan perkara berkenaan adalah Jihan Muse yang hilang sebanyak 1.1 juta pengikutnya di Instagram.

Saya begitu terkejut sehingga berasakan cukup tertekan pada hari kejadian, namun akhirnya reda dan berpendapat ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Jihan sebenarnya khuatir jika ada peminat beliau yang tertipu dengan akaun lain dan kini beliau sudah membuat akaun Instagram baharu dengan nama @ku.jihanmuse.

Akaun palsu kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, jadi saya tidak mahu peminat tertipu dengan akaun yang menggunakan nama Jihan Muse.

Ia sedikit sebanyak merunsingkan saya kerana tidak mahu peminat salah faham dengan pihak yang ingin mengaut keuntungan menerusi jalan mudah. Saya juga bimbang jika pihak tak bertanggungjawab itu memuat status yang bukan-bukan, yang akhirnya mencalarkan imej saya.

Saya pula tidak dapat menggunakan nama yang sama kerana ada pihak menegaskan dirinya adalah saya. Oleh itu, saya tampil dengan nama @ku.jihanmuse setelah puas mencuba beberapa kali untuk menghasilkan akaun Instagram baharu.

Memang leh menangis kehilangan jumlah pengikut yang sudah berjuta-juta, lama tu hendak capai tahap sebegitu. Apa-apa pun,  bak kata Jihan mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...