Pelakon dan pelawak Jiggy Masin memaklumkan dia merindui isteri tersayang, Dhabitah Sabri yang kini beraksi untuk acara papan anjal sukan Olimpik Paris 2024.
Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri juga dilihat berkongsi rasa bangga dengan kejayaan isterinya yang berjaya ke pusingan separuh akhir di beberapa hantaran Instagram Story miliknya.
Alhamdullilah, baby (panggilan isteri) layak ke semi final. Jangan lupa semua, teruskan memberi sokongan kepada mereka.
Dia yang dihubungi media berkata dirinya amat merindui isteri dan mendedahkan bahawa mereka sering membuat panggilan video apabila berkelapangan.
Gila tak rindu, boleh kata kerap juga kami video call tapi lebih kepada berbincang mengenai persembahan dia, selain memberi kata-kata semangat dekat dia.
Fasal bila dia tengah bertanding, saya takkan sentuh isu peribadi.
Jiggy juga memberitahu bahawa dia sering menasihati Dhabita untuk menjaga diri, tidak terlalu tertekan dan ingat pada Allah.
Sekadar info, Jiggy dan Dhabitah selamat mendirikan rumah tangga pada 28 April 2023 meskipun perbezaan usia antara mereka 10 tahun.
Terkini , Dabitah bakal beraksi di pusingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita pada Jumaat ini jam 9 malam waktu tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.