Jho Low Jual Banglo Mewah Miliknya Yang Bernilai RM175 Juta Di Los Angeles Dengan Separuh Harga

Trending

Jho Low Jual Banglo Mewah Miliknya Yang Bernilai RM175 Juta Di Los Angeles Dengan Separuh Harga

Jho Low adalah satu nama yang pernah hangat diperkatakan, di mana beliau dikaitkan dengan kontroversi 1MDB dan turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak.

Kali ini dikhabarkan, Jho Low akan menjual aset mewahnya dengan separuh harga. Difahamkan, aset berkenaan merupakan sebuah banglo mewah yang terletak di Hollywood Hills, Los Angeles.

Advertisement

Memaparkan perspektif banglo tersebut dari dalam

Memaparkan perspektif banglo tersebut dari dalam

Memaparkan perspektif banglo tersebut dari dalam Memaparkan perspektif banglo tersebut dari dalam

Dikhabarkan lagi, banglo berkenaan dibeli oleh beliau dengan harga RM 175.69 juta pada tahun 2012 dari pemilik asal iaitu pelakon veteran Mexico, Ricardo Montalban.

Banglo yang akan dijual dengan separuh harga itu, berukuran kira-kira 13,000 kaki persegi telah dilengkapi enam bilik tidur, garaj berkaca yang boleh menempatkan sehingga empat buah kereta, kompleks spa, kolam renang, dan sebuah rumah pengawal.

Banglo itu juga telah menelan perbelanjaan yang tinggi seperti kos insurans, penyelenggaraan dan cukai iaitu sebanyak RM 1.2 juta (US$ 690,000) setahun.

Jho Low dikatakan akan menjual sebuah apartment di salah satu bangunan historic cast-iron di New York. Secara keseluruhan dilaporkan Jho Low telah melepaskan kira-kira RM700 juta aset peribadinya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...