Jho Low adalah satu nama yang pernah hangat diperkatakan, di mana beliau dikaitkan dengan kontroversi 1MDB dan turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak.
Kali ini dikhabarkan, Jho Low akan menjual aset mewahnya dengan separuh harga. Difahamkan, aset berkenaan merupakan sebuah banglo mewah yang terletak di Hollywood Hills, Los Angeles.
Dikhabarkan lagi, banglo berkenaan dibeli oleh beliau dengan harga RM 175.69 juta pada tahun 2012 dari pemilik asal iaitu pelakon veteran Mexico, Ricardo Montalban.
Banglo yang akan dijual dengan separuh harga itu, berukuran kira-kira 13,000 kaki persegi telah dilengkapi enam bilik tidur, garaj berkaca yang boleh menempatkan sehingga empat buah kereta, kompleks spa, kolam renang, dan sebuah rumah pengawal.
Banglo itu juga telah menelan perbelanjaan yang tinggi seperti kos insurans, penyelenggaraan dan cukai iaitu sebanyak RM 1.2 juta (US$ 690,000) setahun.
Jho Low dikatakan akan menjual sebuah apartment di salah satu bangunan historic cast-iron di New York. Secara keseluruhan dilaporkan Jho Low telah melepaskan kira-kira RM700 juta aset peribadinya.