Jho Low Didakwa Kini Duduk Di Rumah Mewah Di Shanghai, Ada Pasport Australia Palsu Untuk Sorok Identiti Sebenar?

Berita

Jho Low Didakwa Kini Duduk Di Rumah Mewah Di Shanghai, Ada Pasport Australia Palsu Untuk Sorok Identiti Sebenar?

Sedia maklum, keberadaan ahli perniagaan yang juga merupakan dalang disebalik utama kes 1MDB iaitu Jho Low masih menjadi mesteri susulan dirinya belum ditemui hingga ke hari ini.

Duduk di kawasan perumahan mewah di China

Bagaimanapun, Jho Low didakwa kini sedang duduk di kawasan perumahan mewah di Shanghai, China dan juga miliki pasport Australia palsu untuk tinggal di negara berkenaan.

Advertisement

jho low

Melalui laporan Free Malaysia Today, keberadaan Jho Low di negara China itu didedahkan oleh wartawan penyiasatan, Bradley Hope dan Tom Wright.

Guna nama palsu untuk sembunyi identiti sebenar

Dalam pada itu, kedua-dua wartawan tersebut mengatakan mereka sudah mengumpul bukti dari pelbagai sumber dan dokumen yang baru yang menunjukkan bahawa ahli perniagaan itu tinggal di kawasan kediaman mewah di Green Hills, Shanghai, China.

Tambahannya lagi, Jho Low telah menggunakan pasport Australia palsu  dengan menggunakan nama “Constantinos Achilles Veis” bagi menyembunyikan identiti sebenar daripada diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.

Namun kesahihan mengenai Jho Low menetap di kawasan kediaman mewah itu masih belum dapat disahkan.

Najib akui bersemuka dengan Jho Low persoal kehidupan mewah
2025-01-16 15:22:55

“Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoal Gaya Hidup Mewah & Bermegah-Megah” - Najib Razak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...