Maafkan Abang Nara kerana semenjak dua menjak ini lambat update cerita-cerita terkini. Beginilah kehidupan seorang suri rumah. Nak update pun kena tidurkan anak dulu. Anak didahulukan, blog dikemudiankan. Diharap anda memahami situasi Abang Nara.
Terbaru, perkahwinan Jeslina Hashim bersama Dion Andrew Vercoe selama 8 tahun akhirnya berakhir dengan penceraian semalam. Dion Andrew Vercoe yang berasal dari New Zealand telah pun menceraikan Jeslina dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Penceraian yang telah dijalankan secara baik ini menyaksikan kedua-dua anak akan tinggal bersama Dion Andrew sementara Jeslina diberi hak untuk datang melawat pada bila-bila masa sahaja. Jeslina Hashim enggan mengulas punca penceraian dan menyatakan ia adalah masalah peribadi mereka.
Apa pun yang penting hal anak-anak telah pun diberi keutamaan di dalam penceraian ini. Semoga anak-anak Jeslina dan Andrew dapat membesar tanpa kekurangan kasih sayang daripada ayah dan ibunya. Sama-samalah kita doakan. Info asal MalaysianDigest.