Jerut Leher & Acu Pemutar Skru, Suri Rumah Hamil 7 Bulan Didakwa Cuba Rompak Warga Emas

Berita

Jerut Leher & Acu Pemutar Skru, Suri Rumah Hamil 7 Bulan Didakwa Cuba Rompak Warga Emas

Tidak pernah terfikir dek akal untuk seorang ibu yang sedang sarat hamil menjerut seorang warga emas dan mengacukan pemutar skru kepada wanita atas tujuan mahu merompak.

Bagaimanapun, tertuduh bernama Nor Fahtihah Ahmadi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Idzham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Advertisement

ibu hamil rompak warga emas

Difahamkan melalui pertuduhan, tertuduh didakwa telah menjerut leher mangsa dan mengacukan pemutar skru dalam cubaan untuk merompak seorang warga emas bernama Romainur Daud, 64.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 pagi hingga 11 pagi pada 22 Jun lalu di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi.

ibu hamil rompak warga emas

Jika terbukti bersalah, Nor Fahtihah dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun dan denda mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

lelaki terbantut merompak rumah janda
2 years ago

Niat Nak Merompak 'Terbantut', Lelaki Tukar Fikiran Lepas 'Tergoda' Tengok Kaki Janda Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...