Tidak pernah terfikir dek akal untuk seorang ibu yang sedang sarat hamil menjerut seorang warga emas dan mengacukan pemutar skru kepada wanita atas tujuan mahu merompak.
Bagaimanapun, tertuduh bernama Nor Fahtihah Ahmadi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Idzham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Kota Bharu.
Difahamkan melalui pertuduhan, tertuduh didakwa telah menjerut leher mangsa dan mengacukan pemutar skru dalam cubaan untuk merompak seorang warga emas bernama Romainur Daud, 64.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 pagi hingga 11 pagi pada 22 Jun lalu di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi.
Jika terbukti bersalah, Nor Fahtihah dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun dan denda mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.